CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seminggu Je Belajar Di China, Balik Malaysia Terus Buka Klinik Gigi

20-10-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1357| Komen: 5

MELAKA – Seorang wanita muda ditahan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) selepas dikesan melakukan rawatan dan pemasangan pendakap gigi dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajarinya selama tujuh hari di China.


Wanita berusia 23 tahun itu ditahan bersama-sama dua pekerjanya yang lain berusia 20-an dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang di sebuah premis rawatan di Pandan Malim di sini, semalam.

Ketua Operasi, Dr. Rosnah Atan berkata, serbuan itu merupakan hasil maklumat diterima daripada orang awam dan risikan dilakukan sejak sebulan yang lalu.
Foto: Kosmo

Katanya, menerusi pemeriksaan rekod daftar pelanggan, klinik gigi haram itu dipercayai telah beroperasi selama dua tahun dan mengaburi kegiatan mereka dengan menyewa premis di tingkat dua bangunan kedai berkenaan.


“Hasil soal siasat dijalankan, seorang wanita mengakui telah memberikan rawatan dan pemasangan pendakap gigi kepada orang ramai dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajarinya selama tujuh hari di China.

“Klinik haram ini juga telah menjalankan beberapa perkhidmatan lain termasuk veneer, pemutihan gigi dan rawatan muka menggunakan mesin serta peralatan yang hanya boleh dikendalikan oleh doktor bertauliah,” katanya selepas selesai proses menyita pada pukul 7 petang.

Mengulas lanjut beliau berkata, premis itu telah mendapatkan pelanggan dengan melakukan promosi rawatan pada harga yang jauh lebih murah berbanding klinik berdaftar di laman sosial instagram.

“Premis ini menawarkan pemasangan pendakap gigi pada harga sekitar RM1,200 sehingga RM1,500 bagi bahagian gigi atas dan bawah, kos ini sememangnya lebih murah berbanding klinik berdaftar.

“Janji temu akan dibuat terlebih dahulu di Instagram mereka sebelum pelanggan datang ke premis untuk rawatan,” katanya.

Katanya, kesemua barangan di dalam premis itu telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 62 dan Akta 804 Akta Pergigian 2018 iaitu larangan menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta 804. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 20-10-2022 11:25 AM
Jahanam gigi
Quote makneng 20-10-2022 12:10 PM
Wehhh habis roboh gigi org haha
Dr gigi fake kat China siap pakai lab coat pastu cabut gigi orang kat pasar malam. Ni mak nampak depan mata mak yach!
Quote rosedemon 20-10-2022 05:29 PM
ok la tu jimat duit belajor. seminggu je boleh jadi doktor
Quote whimsicalmusic 20-10-2022 08:03 PM
Kenapa perempuan je gigih jd dr gigi palsu ni? Tp berduit jgk la blh pakai mesin yg pakai kt klinik gigi
Quote Skuau 20-10-2022 08:20 PM
cabut gigi pakai playar

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035707 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top