CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Mati Dihempap Kereta Masa Curi Tabung Ekzos

20-10-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2228| Komen: 33

KUALA LANGAT – Malang menimpa seorang pencuri apabila maut dihempap kereta ketika cuba mencuri tabung ekzos kenderaan tersebut di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang di sini semalam.


Lelaki berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian antara pukul 4 hingga 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari pembantu perubatan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang telah merawat seorang pesakit warga tempatan yang terbaring dan meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan jenis Honda Accord.


Foto: Kosmo


Katanya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati suspek dan rakannya dipercayai sedang mencuri tabung ekzos kereta.

“Pengangkat kereta digunakan mereka secara tiba-tiba telah terjatuh dan menghempap suspek yang berada tengah-tengah bahagian kereta dibawah tabung ekzos kenderaan tersebut.

“Susulan itu, suspek kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Ahmad Ridhwan, semakan mendapati suspek yang meninggal dunia itu mempunyai sembilan rekod lampau iaitu tujuh jenayah dan dua dadah.

“Polis turut berjaya menahan rakan suspek berusia 32 tahun yang merupakan warga tempatan kira-kira pukul 10.45 pagi hari sama di di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

“Semakan turut mendapati suspek kedua ini juga mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes curi ekzos dan pecah rumah serta dua rekod narkotik,” jelasnya.

Beliau menegaskan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 20-10-2022 10:36 AM
hmm nk kesian tapi...
sembilan rekod lampau iaitu tujuh jenayah dan dua dadah.


tunai saja lah
Quote shernazz 20-10-2022 10:53 AM
Cash n cary ke kuburannn
Quote acikku 20-10-2022 10:55 AM
ni bahana dadah la ni
Quote renko 20-10-2022 11:02 AM
mampus kau
Quote Sazreena 20-10-2022 11:27 AM
Time wat keje Izrail memanggil...
Quote ezacbee 20-10-2022 11:27 AM
Kawan pun hilang... Xteman dia dalam kubur..
Quote prettyuglybabe 20-10-2022 11:29 AM
kematian yang dirai..
kurang sorang penjahat..
Quote becir 20-10-2022 11:39 AM
kelakar la pulak, buat jahat lagi..

kalau i jadi penduduk situ buat majlis keraian agaknya...
Quote Samerosie 20-10-2022 11:40 AM
Harap2 kurang la kes pecah rumah area sini dgn kojol nye sorang ni.  Kreatip betul curi ekzos.
Quote matamata 20-10-2022 11:44 AM
Dah pandai curi ekzos, jual titanium
Nanti membiakla jenayah ni... Mcm isu curi bateri lori
Belajar dari penyamun2 US la tu...
Quote matamata 20-10-2022 11:45 AM
Bukan ekzos sebenarnya... Curi catalyser
Quote monreyes 20-10-2022 12:07 PM
matamata replied at 20-10-2022 11:45 AM
Bukan ekzos sebenarnya... Curi catalyser

pebende tu..jual mahal ke
Quote auntieagony 20-10-2022 12:12 PM
Mula2 ingat berlaku kat luar negara. Tengok2 kat Msia jer.

Terus terfikir, ni mesti kerja penagih dadah. Betul pun.

Siang2 hari buat kerja mencuri. Berani betul.

Pengakhiran kehidupan yg kurang baik. Na'uzibillah.
Quote makneng 20-10-2022 12:12 PM
Erm..apo nak dikato..
Quote tikusmontok 20-10-2022 12:15 PM
Cash......
Quote sangbara2020 20-10-2022 12:16 PM
xkan xde ura2 nak mati..xnampak tanda apa2 ke
Quote matamata 20-10-2022 12:34 PM
monreyes replied at 20-10-2022 12:07 PM
pebende tu..jual mahal ke

Ada titanium
Quote kelip2_07 20-10-2022 12:36 PM
mati ms tgh buat bnda yg dia suka
Quote sharfox 20-10-2022 03:22 PM
"Semakan turut mendapati suspek kedua ini juga mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes curi ekzos dan pecah rumah serta dua rekod narkotik" - maknanya dah 9 kali keluar masuk keluar masuk...kali ni pun akan jadi rekod dia yg ke -10. Tahan dia 5-6 bulan pastu lepaskan. Tahun depan kena cekup lagi...tambah rekod ke 11 pulak.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053969 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top