Caprice bengang kerana namanya dijadikan bahan jenaka dalam tweet oleh akaun Mydin baru-baru ini, Penyanyi ini tak puas hati seolah-olah perjuangannya selama ini embantu ramai orang dipandang sinis dan diremehkan.
Dalam tweet tersebut, Mydin menulis, "Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice". Nampak biasa, namun Caprice terguris hati dan nak saman Mydin RM30 juta! Caprice menggesa pihak Mydin supaya membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan meminta tweet tersebut dipadam. "Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah. “Penghinaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang." Di ruangan komen netizen pula kritik Carice, "itu pun nak koyak?"tanya mereka. Apa pun sama-sama kita saksikan update yang seterusnya. -CARI
|
ADVERTISEMENT