CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mata Budak Melekat, Muka Jadi Bengkak Gara-Gara Pekerja Taska Pakai Kuku Palsu

20-10-2022 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1320| Komen: 3

Mata seorang kanak-kanak melekat gara-gara terkena pelekat kuku palsu yang digunakan oleh seorang kakitangan taska.

Keadaan itu mengakibatkan mata kanak-kanak malang berkenaan berair, dalam satu kejadian di sebuah taska di Skipton, North Yorkshire di England.

Wajah kanak-kanak berusia setahun itu kelihatan bengkak dan merah, dengan bulu matanya juga turut melekat.

Foto; Triangle News

Pada mulanya, ibunya menganggap ia adalah gam yang digunakan dalam seni dan kraf, tetapi setibanya di hospital ternyata ia merupakan gam untuk pelekat kuku palsu.

"Penglihatannya tidak akan terjejas tetapi saya rasa dia trauma. Dia pernah tidur sepanjang malam dengan sempurna dan kini dia hanya takut.

"Saya marah dan kecewa. Saya meletakkan semua kepercayaan saya kepada mereka dan kemudian ini berlaku. Saya marah," kata si ibu.

Kejadian yang berlaku bagaimanapun tidak menjejaskan bola mata anaknya.

Menurut jurucakap taska, kejadian berlaku apabila seorang pekerja cuba melekat semula kuku palsunya ketika kanak-kanak tersebut didukungnya.

Susulan insiden pada 23 September itu, ibu kanak-kanak tersebut bercadang untuk memfailkan tindakan saman. -CARI

Sumber: mStar/ Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 20-10-2022 09:34 AM
nak berfake nail bagai jgn keje dgn budak2. nasibla anak akak semua cikgu baik2 sampai taknak cuti pun. time cobid pun sanggup mengadap ipad nak berzoom dgn cikgu2.
Quote rosedemon 20-10-2022 05:27 PM
gigihla ko dek nk pkai fake nail bgai. cikgu taska je puinnn
Quote Supersirap 20-10-2022 09:41 PM
Tidak sangka gam pelekat kuku palsu begitu bahaya khususnya kepada kanak-kanak

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050936 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top