CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Gempar Kapal Abad Ke-19 Timbul

20-10-2022 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4195| Komen: 35

Musim panas melampau yang melanda Amerika Syarikat (AS) membuatkan salah satu sungai terpanjang di dunia, Sungai Mississippi, mengering.

Situasi ini menyebabkan kapal abad-ke-19 timbul di permukaan sungai. Bangkai kapal bersejarah itu pertama kali ditemui oleh salah seorang penduduk di Baton Rouge, Louisiana.

Memetik Guardian, kemarau teruk di Midwest mengakibatkan air sungai direkodkan berada pada paras terendah. Banyak barangan yang tenggelam di sungai, dapat dilihat di permukaan.

Foto: WAFB

Penduduk yang menemui kapal lama itu bernama Lisa Sharon.

Sharon sengaja pergi ke kawasan sekitar sungai yang semakin mengering pada petang Isnin lalu dan ketika itulah dia terkejut dan dalam masa sama kagum melihat bangkai kapal abad ke-19 itu.

Seorang lagi penduduk Baton Rouge, Patrick Ford berkata dia menyedari air sungai surut selama berminggu-minggu sebelum bangkai kapal itu mula timbul.

"Saya segera hantar SMS kepada rakan-rakan dan berkata, ‘Holy moly, saya fikir saya menemui sebuah kapal, sebuah kapal yang tenggelam',” katanya.

Ford kemudian menghubungi pihak berkaitan dan berita tentang penemuan itu sampai ke pengetahuan ahli arkeologi bahagian Mississippi, Chip McGimsey.

Menurut McGimsey, bangkai kapal itu telah ditemui sebelum ini.

McGimsey menjelaskan apa yang ditemui itu adalah bangkai kapal bernama Brookhill yang merupakan sebuah kapal dagang.

Kapal ini dibina pada tahun 1886 di Indiana. Brookhill biasanya beroperasi pada malam hari dan kapal 'kembarnya' Istrouma yang berfungsi sebagai feri beroperasi pada waktu siang.

Pada 29 September 1915, terjadi badai besar dan kapal itu tenggelam selepas merempuh bongkah kayu.

"Kapal karam itu berjarak 30 meter dari tempat berlabuh," kata McGimsey.

Tambahnya, ahli arkeologi telah melakukan beberapa penelitian tentang bangkai kapal dalam penemuan 30 tahun lalu.

Pada 1992, mereka melakukan beberapa penyelidikan tetapi terhad kerana saiz bangkai dan serpihan sangat kecil. Mereka cuba mencari maklumat tentang binaan dan usianya.

"Ketika itu apa yang ditemukan tidak seperti ini. Sebahagian besar masih terkubur dalam lumpur. Mereka perlu banyak menggali," katanya.

Ahli arkeologi kini berkata 90 peratus dari kapal itu kini sudah timbul.

AS sedang mengalami musim panas melampau meliputi 70 peratus Arkansas dan hampir 40 peratus Missouri. Taburan hujan di beberapa lokasi itu mencatat rekod terendah selama beberapa minggu.

Taburan hujan rendah juga berlaku di Memphis, Fayetteville, Arkansas dan Springfield.

Lebih dari 55 peratus wilayah berhampiran juga mengalami musim panas melampau sejak April dengan 133 juta orang tinggal di daerah yang dilanda bencana ini. -CARI

Sumber: mStar/ Guardian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 20-10-2022 09:40 AM
seluruh dunia macam2 artifak bawah air da mula keluar, ni kalau sungai melaka mengering ni ada tak agaknya barang2 berharga keluar
Quote Samerosie 20-10-2022 09:48 AM
epullipan replied at 20-10-2022 09:40 AM
seluruh dunia macam2 artifak bawah air da mula keluar, ni kalau sungai melaka mengering ni ada tak a ...

Segala botol tin orang buang saka, sofa peti ais jamban semua ado.
Quote epullipan 20-10-2022 09:51 AM
Samerosie replied at 20-10-2022 09:48 AM
Segala botol tin orang buang saka, sofa peti ais jamban semua ado.

teruk sangat level mentaliti sampai sofa ngn peti sejuk buang dalam sungai
Quote imanamsyar 20-10-2022 10:54 AM
epullipan: seluruh dunia macam2 artifak bawah air da mula keluar, ni kalau sungai melaka mengering ni ada tak agaknya barang2 berharga keluar


agak2 ada tak keris taming sari original yang dikatakan dicampak dalam sungai melaka tu timbul?
Quote margo20 20-10-2022 11:06 AM
Oo air sungai ni yg famous dlm resepi org cina tu ye
Quote hyie 20-10-2022 11:07 AM
just nak bagitau Louisiana adalah tempat kelahiran Britney Spears. Tiberrrr
Quote dudaberhias 20-10-2022 11:10 AM
imanamsyar replied at 20-10-2022 10:54 AM
agak2 ada tak keris taming sari original yang dikatakan dicampak dalam sungai melaka tu timbul?
...

silap2 jambatan emas puteri gunung ledang tu pun hadooo... boleh la sang puteri transit ulang alik melaka tiap2 minggu lepasni kalau tidak asyik kena naik mrt jah...
Quote aechae 20-10-2022 11:11 AM
hyie replied at 20-10-2022 11:07 AM
just nak bagitau Louisiana adalah tempat kelahiran Britney Spears. Tiberrrr

Ahahahha tiberrr sgt
Quote syamzana 20-10-2022 11:14 AM
margo20 replied at 20-10-2022 11:06 AM
Oo air sungai ni yg famous dlm resepi org cina tu ye

hahaha ye la. foodiechina kan? no wonder la dia selalu ckp water from mississippi river
kdg2 mcm best gak resepi dia cuma berminyak nau suke tuang chilli oil
Quote ketupatnasi 20-10-2022 11:16 AM
Samerosie replied at 20-10-2022 09:48 AM
Segala botol tin orang buang saka, sofa peti ais jamban semua ado.

Makin bertambah spesis bewak darat bila abis koloni bewak paya dalam tu naik darat migrate

Gila banyak bewak dalam tu tau! meriah diorang berenang mengiringi cruise.. ada jugak yang terkedek2 teman uols cruise walk kat benteng tu
Quote tompie 20-10-2022 11:28 AM
Rangka2 manusia pun mungkin banyak bakal ditemui..
Quote rosedemon 20-10-2022 05:27 PM
jap lagi timbul la semua tgkorak manusia mati dalam air
Quote Herlina 20-10-2022 05:48 PM
Mississippi on the middle of the dry spell..

Tiberrrr tingat lagu Black Velvet si Alannah Myles
Quote cmf_premierleag 20-10-2022 05:50 PM
hyie replied at 20-10-2022 11:07 AM
just nak bagitau Louisiana adalah tempat kelahiran Britney Spears. Tiberrrr

Smlm akak skrol twitter, terkejut akak tgk tweet latest britney,sheols selamba jah telanjang bogel atas katil
Bulan lps lak kat instagram sheols bogel abih kat tepi pantai
Tekejut akak
Ingatkan akak folo account pornstar mana la kan
Quote cmf_premierleag 20-10-2022 05:52 PM
2-3 bln lps ms Sungai Yangzte kering kt china, dah timbul jah patung2 buddha abad ke berapa ntah...ado dlm news
Siap ummah cinkies bleh turun jalan2 atas sungai lagi.kering smpi lgsg teda air
Quote TabletSusu 20-10-2022 06:02 PM
dudaberhias replied at 20-10-2022 03:10 AM
silap2 jambatan emas puteri gunung ledang tu pun hadooo... boleh la sang puteri transit ulang alik ...

mungkin tak hang tuah pun timbul kakak..?
Quote Decaffeinated 20-10-2022 06:06 PM
AS sedang mengalami musim panas melampau meliputi 70 peratus Arkansas dan hampir 40 peratus Missouri.

Musim panas abah kau skrg dah nak masuk winter lah
Quote Buritan 20-10-2022 06:10 PM
epullipan replied at 20-10-2022 09:40 AM
seluruh dunia macam2 artifak bawah air da mula keluar, ni kalau sungai melaka mengering ni ada tak a ...

Agaknya ini emas yg Allah ckp tuu.. artifak lama kan ke mahal harganyaa
Quote Supersirap 20-10-2022 09:43 PM
Macam-macam barangan artifak yang dijumpai di dasar sungai mahupun laut

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.049770 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top