CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjumpa Di Mall- Teman Wanita Suami Mengamuk, Serang Sampai Koyak Baju! Isteri Tercengang Dukung Anak

20-10-2022 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4502| Komen: 26

Satu video tular menyaksikan seorang wanita secara tiba-tiba 'menyerang' seorang lelaki bersama isteri dan anak kecilnya yang sedang menunggu untuk menonton filem di pawagam.


Drama bermula apabila wanita memakai sut kelabu dan blaus hitam yang secara kebetulan berada di lokasi sama dipercayai sebuah pusat beli-belah itu menyedari kelibat lelaki berkenaan, didakwa kesasihnya.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, wanita itu juga dikatakan sempat menunjukkan mesej perbualannya bersama lelaki berkenaan kepada si isteri sebagai bukti mereka mempunyai hubungan sulit.




Keadaan semakin tegang apabila si lelaki hanya mampu mendiamkan diri, tanpa memberikan sebarang reaksi meskipun menjadi tumpuan di khalayak ramai.

Manakala isteri yang berhijab hanya tercengang memerhatikan pergaduhan yang berlaku, sambil mendukung anak mereka.

Tanpa segan-silu, wanita berkenaan terus meninggikan suara sehingga menyebabkan dua pengawal keselamatan bergegas ke lokasi kejadian bagi meredakan ketegangan.

Wanita itu juga dilihat semakin agresif apabila berulang kali merentap baju lelaki berkenaan sehingga koyak.

Kesemua mereka kemudian dibawa ke pejabat sekuriti untuk tindakan lanjut.



Hingga kini 'sinetron' yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Indonesia itu meraih 3.5 juta tontonan di TikTok.

Di ruangan komen, kejadian yang berlaku membangkitkan kemarahan netizen dengan rata-rata mereka amat bersimpati dengan nasib yang menimpa si isteri kepada lelaki curang.

Apatah lagi sepanjang ketegangan berlaku, si isteri hanya mendiamkan diri dan kelihatan tenang sambil mendukung anak mereka.

"Hancur dalam diam.

"Level kecewa yang sangat dalam ialah diam. Bininya sabar.

"Hati isteri lagi terluka tengok macam ni," demikian antara komen netizen.

Selain itu, netizen turut mendoakan agar isteri kepada lelaki curang itu diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan dan ujian berat.

"Ya Tuhan, begitu tabah isterinya.

"Di sebalik tenangnya isteri, di dalam hati pasti hancur sangat. Depan anak, depan umum, doa buat kamu dari jauh," kata netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 20-10-2022 09:24 AM
Aku baru nak duduk makan popcorn, skali berita indon ler... tak hairan pun kalo berita2 gini kalo dari sinun

Quote apech 20-10-2022 09:27 AM
green~tea replied at 20-10-2022 09:24 AM
Aku baru nak duduk makan popcorn, skali berita indon ler... tak hairan pun kalo berita2 gini kalo da ...

Itu lah. Baru nak tgk jantan dari negeri mana. dah terbantut.
Quote Lily_Elizabeth_ 20-10-2022 09:32 AM
Aduuhhhh.


Ingatkan kat kl. Infoneisia rupanya. Ummah indon banyak yang alien. Pelik pelik. Nyampah nak baca pasal dorang ummah bergigi kuning ni. Toothpaste tak cukup fluoride.
Quote nanasno 20-10-2022 09:32 AM
lah mistress plak nak marah. kena tipu hidup2 kot ingat boyfren single
Quote epullipan 20-10-2022 09:34 AM
aku ingat kan kat Malaysia..nak tau juga ummah mana..skali kes negara seberang
Quote rosedemon 20-10-2022 05:26 PM
kahkah xtau nk kesian ke nk ketawa
Quote che-cikL 20-10-2022 05:27 PM
Berapa kali nak buka cerita ni?
Quote Nuyak 21-10-2022 11:05 AM
ada je kat msia mcm ni..pernah juga terjadi depan mata..perempuan datang serang katanya bf dia..huhuhu
Quote slyfynx 21-10-2022 11:12 AM
Hingga kini 'sinetron' yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Indonesia itu meraih 3.5 juta tontonan di TikTok.


Bijik.
Penat aku tgk2 kot tau mall mana.
Sekali dr seberang daaa.
Wartawan cari kalau buat tajuk x leh letak tag ke eh?
Atau tulis tajuk yang lengkap ke.
Tau je korang buat artikel bukan untuk thread aje.
Tp byk dah misleading, and clickbait.
And aku x nmpk pun mende ni sbg isu semasa
Quote adeqbun 21-10-2022 11:58 AM
xmalu ke penyondol ni kot ye pon tertipu ngan status zantan tu...kot ye pon snap je gmbr,serang time ko jmpe die la..berani btol buat kelaku dpn bini org tu ye....
Quote ellejo 21-10-2022 01:35 PM
sbb bini dia diam la laki dia berani tipu dia.
Quote DARSITA 21-10-2022 02:50 PM
si isteri mesti percaya alasan alasan yg sisuami berikan. nak minta cerai anak kecik dan tak ada kerja dan malu sudahnya merana seorang diri.

yang si garit pulak masih mengharapkan sijantan kembali kpda dia.

bodoh betul perempuan perempuan ini
Quote Artemesiaa 21-10-2022 02:56 PM
Bininya jenis blur masih terkejut dengan apa yang jadi depan mata macam itulah response nya angin meroyan dia belum sampai
Quote gideoncross 22-10-2022 01:37 AM
green~tea replied at 20-10-2022 09:24 AM
Aku baru nak duduk makan popcorn, skali berita indon ler... tak hairan pun kalo berita2 gini kalo da ...

Aiol trgelak tang "Kesasih" tu hahahaha.
Quote rainbowrainz 22-10-2022 03:13 AM
Perghhhhhh boleh geng dengan org tu
Quote Potpouri 22-10-2022 03:29 AM
Betul ke tu isteri? Bagus dia protect anak.. biarkan laki tak guna tu

Bagus. Bertemu buku dengan ruas. Berselingkuh dgn gangster perempuan.. Better la 'isteri' tu minta cerai dari dimadukan perempuan gangster..bahaya nanti tak pasal kena serang.
Quote che-cikL 22-10-2022 03:58 AM
berita caprut.jpg 77_3000_0.jpg
Quote green~tea 22-10-2022 07:54 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 20-10-2022 09:32 AM
Aduuhhhh.



Ke sebab kekurangan nisbah dentist dgn rakyat... 1 : 100,000
Quote Lily_Elizabeth_ 22-10-2022 11:52 AM
green~tea replied at 22-10-2022 07:54 AM
Ke sebab kekurangan nisbah dentist dgn rakyat... 1 : 100,000

Betui tui tui le tu.

Itu dari perspective logic clinical yang you kasi dear.

Yang I habaq ni, bila mana I bercakap dgn cik cik kak originally from indon @ kat kedai kedai makan (pekerja), waima yang muda belia, bukak mulut je, yucks gigi kuniinnn melantun. My maid dulu2 ye sama too, padahal budak muda.

Lagi satu indon caprut ni, bab makanan, semua kena cut nutrient dia. Contoh milo, my maid dulu dulu masa nak balik indon cuti, dia mintak I belikan dia milo. Katanya sebab imdon punya milo tak sedapnya kurang bersusu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.080485 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top