CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yasmin Hani Sedih Betapa Kolotnya Manusia, Tepis Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Boyfriend

20-10-2022 01:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6914| Komen: 54|Original author: Tatod


Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani menepis spekulasi wargamaya yang mendakwa dia tinggal serumah dengan teman lelakinya, Alif Hadi yang juga seorang pelakon.

Memetik laporan Gempak, pemilik nama sebenar Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, itu menjelaskan bahawa dia menetap bersama ibu dan pembantu rumah serta Alif sering hadir ke kediaman  mereka untuk makan.

"Mak saya nak campak mana?

"Dia selalu datang rumah saya untuk makan. Kalau dia tak datang makan, samapi pembantu rumah pun kata, 'sunyilah Alif tak datang makan hari ni', 'ayam ni pastu habis kalau Alif ada'. Sampai macam tu sekali.


"Kita kalau dalam keluarga ada orang yang macam tu, kita layan biasa je kan. Tapi kenapa tengok orang luar, bila boyfriend datang rumah, kita cakap dia tidur satu rumah. Kenapa? You kena tahu bawa diri, tahu mana salah mana betul, sama la macam kami juga.

"Bila ada orang cakap macam tu, saya sedih sebab betapa kolotnya manusia sekarang ni. Saya sampai cakap dengan Alif, macam mana kita ni ye, saya jenis tak peduli sebenarnya.

"Cuma saya tak mahu anak-anak nampak bila mereka dah besar. Tapi, saya fikir balik, anak-anak tahu, Tok Mi ada, Kak Nor ada, saya ada, semua orang ada. Abang saya pun kerap datang rumah makan-makan, akhirnya saya ambil keputusan untuk biarkan sahaja. Saya tak peduli.


"Tak kan nak tunjuk mak saya ada, nak risaukan apa netizen akan cakap, lantakkanlah diorang. Saya jaga hal saya, saya fokus pada nak gembira dan waras," katanya.

Tambah pelakon itu lagi, dia tidak tergesa-gesa untuk ke jenjang pelamin berikutan mahu teman lelakinya bersedia sepenuhnya.

Hani turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini juga.

"Nothing to rush sebenarnya, kalau bila dah selesa, waktunya sesuai. Kita kahwin ni kena ikut waktu diri sendiri juga. Kita merancang tapi Tuhan menentukan. Tapi, kita tak boleh nak lepas tangan sebab benda itu tak akan jadi walaupun jodoh.

"Kami belum ada perancangan yang serius sampai ke situ lagi, waktu pun macam belum lagi dan saya rasa sekarang kami selesa dengan berkawan. Tengok pula anak-anak memang sayangkan dia, apa-apa hal cari dia dulu.


"Tengoklah bila benda ni akan jadi, saya akan umumkan. Saya juga nak pastikan Alif betul-betul ready sebab saya ada cara tersendiri dalam menguruskan keluarga. Anak-anak pun ada bapak diorang, ini adalah proses yang panjang sebenarnya. Bukannya main suruh orang cepat-cepat kahwin," kata Hani lagi. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikpisang 20-10-2022 01:27 PM
Handsome anak dia yg first tu
Quote lattehazelnut 20-10-2022 01:34 PM
Kalau senyap2 xde sape amik kisah..
Ni bajet nak buat video sweet2 tp cringe gila..
Masing2 duda janda n bukan bbnu..
Sendiri yg buat mengundang netizen pulak yg salah.. yihhh.. pprt nye kau ni..
Quote adeqbun 20-10-2022 01:38 PM
Bkn kolot..x maniss...tu je...tp acah2 bbnu yasmin hani ni skarang
Quote annadonna 20-10-2022 01:41 PM
Engkau yang upload engkaulah meminta dikecam. Netizen malaysia pun bukan ko tak tahu, asal nampak gambar berduaan dalam satu rumah pada dorang auto berjimak lah kot. Sedangkan belakang kamera tu satu kampung duduk. Zaman social media kan, layankan ajelah
Quote Kurex 20-10-2022 01:53 PM
Tak classy dia ni walaupun cara hidup urban
Quote nad014 20-10-2022 02:19 PM
tgk dia ni sejenis F@#$% b@*& je
Quote timah03 20-10-2022 02:21 PM
Ni macam cara barat la.... Try semua dulu tengok ngam ke tak...
Kalau cara melayu kan kena kahwin dulu... Lepas tu, tak ngam kena cerai... Buang masa...
Gitewww
Quote timah03 20-10-2022 02:24 PM
Kau ingat jiran2 kau tu kisah ke lauk Ayam kau tu habis ke tak...
Diorang tahu kau melayu... Laki keluar masuk umah... Kau janda pula... Mesti la diorang takut... Kang tak pasal2 laki diorang dtg mkn ayam sekali...
Quote drivethru 20-10-2022 02:43 PM
Aku tertanya tanya jugak. Kenapa lelaki bujang nak kawin dgn perempuan tua. Dia xnak ada zuriat sendiri ke?
Quote azimie 20-10-2022 02:49 PM
kita plak yg dikatanya kolot
Quote Joysparta 20-10-2022 03:10 PM
Kalu dah masuk kuar uma..kawen je ler..

Apa yg payah benau dua2 ni...
Quote margo20 20-10-2022 03:11 PM
Urban sgt pun kena tinggal dgn laki
Quote black_handbag 20-10-2022 03:28 PM
yes betul. bahasa kitanya, tak manis. bukan org kesah sape ada rumah tu. kalau dah lelaki keluar masuk rumah secara bebas opkosla tak manis. tambah2 pulak jiran jns jaga tepi kain org
Quote teen_angelJB 20-10-2022 03:33 PM
Gen laki kuat betul kena kat anak
Quote rosevelvet 20-10-2022 03:37 PM
Ooo. Mak dia ada kt umah. Abeh tu mak dia tgul ke biorkan lelaki bukan muhrim masuk umah anak dia yg janda tu
Quote LembingDayanti 20-10-2022 04:38 PM
kita pulak yg dikatanya kolot hahahahhaha... takkan bf kau datang kau borak2 kat luar sundel???
Quote Lily_Elizabeth_ 20-10-2022 04:45 PM
drivethru replied at 20-10-2022 02:43 PM
Aku tertanya tanya jugak. Kenapa lelaki bujang nak kawin dgn perempuan tua. Dia xnak ada zuriat send ...

Rasanya sama sama looking for F$& B@#$& kut.
Masing masing tak mahu anak dah.
S@& tu kan sangat sangat sangat menggembirakan untuk semua orang untuk kekal muder.
Quote dudaberhias 20-10-2022 04:48 PM
yasmin hani kot what do u expect... lain la si ustazah kentut faraj... yang tu baru la boleh terkejut beruk... lagi2 kalau ternampak dia berdua2 dengan cucu cicit nabi tu....
Quote SherryZass 20-10-2022 04:56 PM
Tengok pula anak-anak memang sayangkan dia, apa-apa hal cari dia dulu.

Lepastu, bila putus, anak-anak tanya mana pulak pergi pakcik selalu datang makan ayam kat rumah diorang tu?

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.070498 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top