CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Basuh Bersih-Bersih Ok, Tak Basuh Pun I Suka" - Dialog "Double Meaning" Zamarul Hisham Untuk Zahirah Buat Netizen Geram

20-10-2022 07:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 15237| Komen: 113



Baru je lagi drama Tiada Maaf Buatmu yang dilakonkan oleh pelakon Zamarul Hisham dan Zahirah Macwilson ditayangkan, dialog satu babak episod 2 drama terbabit kini jadi bualan ramai.

Mana tidaknya, difahamkan dialog yang dilontarkan oleh Zamarul yang memegang watak sebagai Datuk Mazlan iaitu seorang lelaki miang disifatkan netizen sebagai "double-meaning" dan menggelikan.

Dalam adegan tersebut, Zamarul membuka ikatan tangan dan kaki Zahirah yang melakonkan watak sebagai Aina Cempaka yang memohon dilepaskan kerana ingin ke tandas.


" Alahai putihnya kaki, merah buku lali ni..tumit. Ok i buka. Kaki pun wangi ni haa... ni bidadari ke apa ni. Ni toilet... Jangan lama-lama ok"

" Pergi basuh bersih-bersih ok, tak basuh pun tak apa i suka," kata Zamarul dalam babak melalui satu video yang dikongsikan di Instagram Zahirah.

Dialog tersebut telah mengundang rasa geram di kalangan netizen namun segelintir yang lain tetap memuji lakonan hebat pelakon lejen Zamarul Hisham itu.

Tiada Maaf Buatmu ialah sebuah siri drama adaptasi daripada novel "Maaf, Saya Tak Sengaja" karya Akira Dorayaki yang menampilkan lakonan bersama pasangan suami isteri, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson sebagai watak utama. 


Terdahulu, lakonan Zamarul bersama Bella Astillah dalam drama Aku Tanpa Cintamu turut menjadi bualan ramai kerana watak antagonis yang dilakonkan olehnya berjaya membuat penonton sakit hati. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-10-2022 03:10 AM
iols ada juga tertengok tadi... memang ewwww ziziq hokkeh... dah la orang tua yang nak merogolnya tu...

ada jugak yang fefeeling konon babak tersebut tak patut ada dalam drama tempatan... masalahnya ko pun tengok 365 days kat netflix tu dikkkk siap trending no. 1 lagi haritu....
Quote clarizsa 20-10-2022 03:12 AM

Wpun kedengaran jijik tapi ayat2 tu pernah dituturkan hubby i kat i
Quote wnwa05 20-10-2022 03:20 AM
clarizsa replied at 20-10-2022 03:12 AM
Wpun kedengaran jijik tapi ayat2 tu pernah dituturkan hubby i kat i



tapi aku ulang banyak kali pasal dengar si zamarul ni siap cakap sirrrpppppp... cam sedut rokok tu. geram sangat tu
Quote pistolairAbah 20-10-2022 04:31 AM
Biasa suruh basuh ni nak ngecat
Quote freesia71 20-10-2022 05:31 AM
Tak basuh pun i suka? Ewwww gelinya. Bau hancing.
Quote lattehazelnut 20-10-2022 06:34 AM
freesia71 replied at 20-10-2022 05:31 AM
Tak basuh pun i suka? Ewwww gelinya. Bau hancing.

Kan org kaya suka amoi lap2 je..
Quote rbmy 20-10-2022 06:48 AM
lattehazelnut replied at 20-10-2022 06:34 AM
Kan org kaya suka amoi lap2 je..

tak bau ke? musykil sis..
Quote NazRysha 20-10-2022 07:29 AM
kakak ipar terpaling tak nak komen ke?
Quote pinkzara 20-10-2022 07:32 AM
NazRysha replied at 20-10-2022 07:29 AM
kakak ipar terpaling tak nak komen ke?

Siapa pulak dahhh
Quote jalfa 20-10-2022 07:35 AM
Ewwww....jgn bg budak budak tgk cite bodo camni...
Quote NazRysha 20-10-2022 07:39 AM

Linda rafar kan kak ipar dia
terpaling alim
jemput ustaz wadi ceramah kat umahhh
Quote cadarblogsot 20-10-2022 07:55 AM
NazRysha: kakak ipar terpaling tak nak k ...
deep.. Tu faham2[em:2:]
Quote Kurex 20-10-2022 08:00 AM
Iyukkkkkk tapi masa muda, zamarul ni dap yach
Quote naina 20-10-2022 08:17 AM
Zamarul ni semua watak dia boleh
Kenapalah takda anugerah untuk dia
Quote manehnya 20-10-2022 08:45 AM
sbb ni aku cakap kt teenage kid aku, jgn tgk citer melayu!!! kdg2 rasa nk tumbok tivi tu
Quote ketupatnasi 20-10-2022 08:46 AM
Pastu chuols harap muka mcam capik sazwan keh yang pegang watak perogol?
Ce kalau sopi jikan yang lafaz dialog tu
Quote airmineral 20-10-2022 08:47 AM
geli dan jijik
rate tontonan U ke?
Quote cmf_shya 20-10-2022 08:49 AM
zamarul nie berlakon mmg menjadi..suka lakonan dia dr dlu..bagus berganda dr bdak2 zaman la..
Quote enchante78 20-10-2022 08:49 AM
Apa dialog mcm gini. Si penulis script ni dah kenapa.

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040892 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top