CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berebut Tempat Duduk Dalam Kereta Semasa Balik Sekolah, Remaja Maut Ditikam Kakak

19-10-2022 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43082| Komen: 522

Akibat berebut tempat duduk dalam kereta semasa pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki dipercayai ditikam kakaknya dalam kejadian di Ulu Pulai Ulu Choh di sini pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.15 petang.


Gambar hiasan

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya berusia 18 tahun.

"Ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta semasa balik sekolah.


"Suspek mengaku telah baling pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Rahmat, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis.

"Suspek telah ditangkap dan perintah reman akan dipohon pada Khamis. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 19-10-2022 11:33 PM
Aduh.. kenapalah.. kesian mak ayahnya..
Quote syamzana 19-10-2022 11:34 PM
uishhh...mcm bdk sek rendah bergaduh tmpt duduk je pun, dasat nau main2 pisau lak.
baling pisau then menikam ke caner? atas tulis tikam kat perenggan bawah tulis baling. 2 perbuatan berbeza kot
Quote mawarika 19-10-2022 11:39 PM
Ya Allah.. nape ikutkan perasaan sgt si kakaknya? Nyesal tak sudah tu nnti. Baling pisau terpacak ke atau tikam betul? Hati kering.
Quote _kelly 19-10-2022 11:40 PM
Allahuakbar..kakaknya 18 tahun, nanti bicara mcm dewasa, bukan juvenile lagi
Quote _kelly 19-10-2022 11:41 PM
baling pisau kena kat mana..takkan baling sekali terus parah..kena kat dada ke
Quote Adrif 19-10-2022 11:42 PM
kesian mak dia

sorang anak mati

sorang anak jadi pembunuh, mungkin mental seumur hidup

padahal elok je tadi balik sekolah sakat-menyakat
Quote F685 19-10-2022 11:45 PM
Tak tercapai akal bagaimana kejadian berlaku
Menunggu laporan penuh drpd pelbagai media lain.

Takziah kepada ibu bapa & family
Quote mikasa 19-10-2022 11:52 PM
Ni mesti bercampur gaul ada dendam lama
Quote Sazreena 19-10-2022 11:57 PM
Bahaya dendam terpendam...
Quote ulamalu 20-10-2022 12:09 AM
Takutnya adik-beradik gaduh jd mcm ni.  Gaduh mulut je dah lah.  Ni siap pisau bagai.
Quote makiting 20-10-2022 12:10 AM
302 tu .. tak tau nak ckp mcmana.. cuma mak akan hilang dua2 anak
Quote matamata 20-10-2022 12:19 AM
Paling rendah pun 304....tp agak susah jugak sbb yg dibaling tu pisau...bukan pinggan ka atau senduk
Quote hareeeesah 20-10-2022 01:05 AM
mesti ada hal lama-lama gak ni dia dendam…
Gelap terus masa depan
Quote bondeh 20-10-2022 01:26 AM
Ya Allah kesiannya. Sebab tuh mak meolls dedulu akan denda meolls & kakak kalau kami berkelahi. Dalam kena denda mop2 lantai, kemas bilik kami boleh gelak tiba2 terus hilang gaduh.

Aduhai kesiannya anak2 ini
Quote mizzmimi 20-10-2022 01:46 AM
Baling cleaver knife ke sampai bole tertusuk tu
Quote naina 20-10-2022 02:29 AM
Yang aku heran, dah besar panjang 2-2 kot..nak gaduh pasal berebut tempat duduk
18 dengan 16 tu dah boleh fikir
Lain lah budak tadika dengan sekolah rendah tahap 1
Macam anak2 aku ni hampir setiap hari aku hadap gaduh rebut ekon dengan tempat duduk dalam kereta. Kesabaran betholll
Quote naina 20-10-2022 02:31 AM
Hebat kakaknya kalau betol baling terus tertusuk. maybe tanpa niat. Acah2 sekali terkena sharp plak. Semoga ibu ayahnya tabah. Jangan dipukul si kakak tu
Quote faraway1 20-10-2022 02:42 AM
Aiyo boleh mereng mak dek terkejut perbuatan anak
Quote clarizsa 20-10-2022 02:59 AM
Makpak bermasalah agaknya smpai anak2 jd ganas camni
Gaduh smpai baling2 pisau pastu mati plak tu

Menakutkan

Lihat semua komen(522)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.210326 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top