CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myvi Lawan Arus Sebab Takut Sesat

19-10-2022 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3837| Komen: 31

Gara-gara terlepas simpang keluar lebuh raya dan takut tersesat menjadi alasan seorang wanita untuk memandu secara melawan arus, semalam.

Wanita terbabit yang memandu Perodua Myvi secara melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kulai, di sini yang tular sejak semalam.


Wanita ditahan bersama Perodua Myvi. FOTO Ihsan Polis.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada 1 tengah hari di sebuah pangsapuri di kawasan Kangkar Pulai, Skudai di sini.

"Pemandu memaklumkan terlepas simpang Senai utara, (disebabkan) bimbang tersesat lagi jauh, dia mengambil keputusan patah balik.


"Pemandu yang kurang pengalaman menggunakan jalan lebuh raya juga dipercayai menjadi punca kejadian.

"Suspek dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan selanjutnya. Polis turut merampas kereta Perodua Myvi untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular sebuah video berdurasi 11 saat memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi bergerak melawan arus dengan memasang lampu kecemasan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makiting 19-10-2022 11:14 PM
Steady aje bergambar sebelah king
Quote Lentera 19-10-2022 11:35 PM
Kurang pengalaman guna lebuh raya? Tak ada alasan cerdik sikit ke
Quote hmmlantakko 20-10-2022 12:20 AM
bodo n selfish. klu kena org sesia je nyawa org. sila meninggal
Quote azimodin 20-10-2022 12:27 AM
Alasan bodoh. Sanggup nak membunuh pengguna lebuhraya yg lain semata-mata malas nak cari jalan lain. Tolong tarik balik lesen dia dan  haramkan dia memandu
Quote kakikuDibibirmu 20-10-2022 12:44 AM
perodua myvi terbang  









kalau viva terbang lagi dahsyat, langgar kapalterbang terus







Perodua myvi is the king



















Quote Babai 20-10-2022 12:58 AM
Menipu tersangat.
Quote Highflyer19 20-10-2022 05:45 AM
Thank god no fatal accdent...
Quote faraway1 20-10-2022 05:59 AM
Bodohnya alasan cam tak kisah accident ke matikan orang lain di jalan raya gitu.
. Harap ban dari memandu seumur hidup
Quote mejaputih 20-10-2022 06:38 AM
Sib baik x guna alasan oku...tp masih x boleh terima alasan kurang berpengalaman guna highway ..ngok betul...
Quote JunkMail 20-10-2022 06:56 AM
Mohon rampas lesen dia, haramkan memandu seumur hidup. Bodoh dan selfish.
Quote Samerosie 20-10-2022 07:32 AM
Ini mesti dah biasa buat dgn motor.
Quote venom1 20-10-2022 07:34 AM
waze kan ada..ke tak cukup duit kat touchngo sebab duit ngam2 masuk plaza tol tu?
Quote shernazz 20-10-2022 07:36 AM
Dia dok mana yang kurang guna hiway tu...
Quote Page88 20-10-2022 07:38 AM
Hhhmmm....
Quote helicornia 20-10-2022 09:17 AM
Tak reti guna waze ke.bebalnya
Quote prettyuglybabe 20-10-2022 10:21 AM
driver bangsa J...
hanat mereka setara driver bangsa P
Quote aechae 20-10-2022 10:26 AM
I yg x drive ni pn reti klu dh terlepas simpang, simpang dpn lain ada lg…
Gantung jelah lesen pmpuan ni 2-3 tahun
Quote rogayahtop 20-10-2022 01:08 PM
Myvi putih plat johor ni mmg sepesen.

Kalau tgh drive tersempak myvi putih plat johor je cepat2 lah beristighfar
Quote namieamuro 20-10-2022 01:12 PM
bodoh nye alasan. ko ingat terlepas simpang pun. teros sesat sampai ke thailand ke? sbb kebodohan mcm ni org takde kene mengene dgn kebodohan die jadi mangse!

mohon polis ke jpj tarik lesen die seumur hidup. org mcm ni bahaye dibiarkan berkeliaran kt atas jalan

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.310762 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top