CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Ramai Hero Jantan, Kini Industri Dibanjiri Hero Jambu - Fahrin Ahmad

19-10-2022 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8526| Komen: 116

"Suatu ketika dahulu, saya pernah risau apabila hero ditampilkan mendapat pengaruh dari budaya K-Pop."

Fahrin Ahmad berkata demikian ketika mengulas isu mengenai industri lakonan kini yang dibanjiri pelakon berwajah jambu.



IG Fahrin

Percaya setiap orang mempunyai pandangan tersendiri, pelakon dan pengacara itu bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap perkara itu tidak bersifat kekal.

“Namun, ia tidak bermaksud pelakon berwajah jambu tidak langsung mempunyai ciri-ciri kejantanan. Dan aliran ini tidak ada salah atau betulnya.


“Sebenarnya, masih ada penonton yang menghargai pelakon memiliki ciri kejantanan dan kemelayuan. Walaupun menggemari pelakon berwajah jambu, namun ciri-ciri disebut tetap didambakan,” katanya

Memetik laporan Berita Harian, pelakon itu juga menyatakan bahawa isu tersebut bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga dialami industri perfileman Hollywood.


IG Fahrin

“Ia bukan terjadi di Malaysia, tetapi arus perubahan turut melanda Hollywood. Dahulu, ramai hero jantan seperti Sylvester Stalone.

“Namun, kemudiannya hero berwajah jambu mengambil alih, antaranya Ashton Kutcher. Ini adalah satu kitaran dan akhirnya akan berbalik kepada pilihan peminat.

“Tak kiralah apapun, setiap watak sama ada berwajah jambu, lelaki ataupun ganas, akan tetap ada penonton yang menggemarinya,” katanya. 


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 19-10-2022 11:44 PM
dia selfie macam orang tua kat fesbuk la
Quote irsa 19-10-2022 11:53 PM
BBNU skrg majoriti terikut2 style k-pop . Semua jambu2 siap berpondesen
Quote dudaberhias 20-10-2022 12:01 AM
celah mana hero jambu nya???

semua rhoper macam tapai basi... kelindan lori... rider foodpanda dan jugak nelayan tangkap ikan bilis di pulau pangkor...

yang herlok takat beberapa kerat je iols nampak kat tv yang membuatkan iols tak kalih tengok channel animal planet...

nak hero rupa keras dan sasa serta muka macam permukaan kawah bulan...  rasakan la penonton takkan tengok dan pakat2 kali tengok binatang kat animal planet... lagi berair tengok binatang deorang kata...
Quote Dolmat 20-10-2022 12:01 AM
Kira lelaki melayu handsome..  di luar peramah..senyum pun ikhlas.. humble. Perfume dia jual pun harga mampu milik dan wangi
Quote September14 20-10-2022 12:06 AM
Xde la jambu dah diorg budk lg muka pun blum matang… asyik nk mngata org jah mcmla dia terpaling jantan
Quote dudaberhias 20-10-2022 12:11 AM
September14 replied at 20-10-2022 12:06 AM
Xde la jambu dah diorg budk lg muka pun blum matang… asyik nk mngata org jah mcmla dia terpaling ja ...

iols syak heshe nak tuduh aniq dan merqeen la tu... masalahnya tu je dua hero jambu kat TV tu pun... tak di banjiri apa pun lagi takat dua orang je...
lain2 semua muka jantan kelidan lori wajah macam jalan highway karak tak berturap tu.... siap ada yang penuh sabut kelapa tua di muka... penat nak kena kopek mengopek untuk cari mulut nak comolot... choiii baik kaka pergi kopek kelapa dan perah santan jah... kurang2 boleh buat nasi lemak...
Quote September14 20-10-2022 12:26 AM
dudaberhias replied at 20-10-2022 12:11 AM
iols syak heshe nak tuduh aniq dan merqeen la tu... masalahnya tu je dua hero jambu kat TV tu pun. ...

Iol rasa pun dia kata aniq tp bdk tu muka budak bknnya sengaja nk jd jambu ke apa…. Tungula dia dewasa skit
Quote hashashes 20-10-2022 12:33 AM
Aku suka bront palarae. Jantan habis Kahkahkah
Quote heythere123 20-10-2022 12:40 AM
dudaberhias replied at 20-10-2022 12:11 AM
iols syak heshe nak tuduh aniq dan merqeen la tu... masalahnya tu je dua hero jambu kat TV tu pun. ...

meerqeen i tak rasa jambu, lebih ke aniq la kot.

Tapi aniq tu sebab hairstyle tu jugak, sebelum ni nampak la manly sikit masa rambut  panjang curly
Quote heythere123 20-10-2022 12:41 AM
anyway geli jugak tengok hero bulky macam esbok & fahrin ni, kalau macam Beto tu pon okay dah
Quote Potpouri 20-10-2022 01:33 AM
Macam la muka dia tu helokk sangat. Aku lagi bosan dengan hero2 kertu, bosan dah tengok wehh. sama je pun lakonan.. dia ni pun okay sikit dari sorang lagi yang mulut herot2 bercakap tu. sama je lakonan muak lah. Nak muka fresh fresh..
Quote diamondhoney 20-10-2022 02:20 AM
baru seketul dua Hero baru muncul dah menggelabah telur.. lek ah..
Quote ashcroft86 20-10-2022 02:46 AM
List yg terlintas di fikiran weols;

Kidkylo/Nabil Aqil - Boyish with great bod.
Merqeen - xde la jambu rasanya
Aniq - jambu jgakla
Dini - clean shaven all the time, teringin nk tgk heols bawah watak a bit scruffy, nmpak2 kotor sikit
Syafiqkyle - ensem sgt, body2 biasa pon ensem
Hun haqeem - ni mmg naturally good looking, boleh jadi org kmpung ensem, boleh jadi oppa yg manly
Yang menang HR tu, xigt nme - yg ni ok, xensem sgt, tp ad ketinggian dan ad swag heols tu, bukan jenis ensem tp boring tu

Gittewww observation weols kat pelapis hero
Quote clarizsa 20-10-2022 03:10 AM
Mmm i x berapa peduli sgt retis msia
Tapi retis korea tu wpun muka jambu tapi suara fuhhh jantan abis
Contoh yg hero My love from another star tu
Mula2 i tengok drama tu dok fikir apsal cam ppuan ni cantik sangat pastu bila dengar suara dia mmm wow
Quote lattehazelnut 20-10-2022 06:04 AM
Hun potong rambut dah weh.. ahhhhhhh (insert encore sound)
Tp hun xla jambu..  

[ig]https://www.instagram.com/reel/Cj5WkDkjjNR/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]
Quote TomyamPuteh 20-10-2022 06:32 AM
Dari bujang smpai ke dh kawin dan jadi bapak orang, aku adore betul dgn gigi dia. Cantik. Putih ori. Bkn mentos.
Quote sleepandream 20-10-2022 08:13 AM
sekarang tv resolusi 4K... kene la ambik jambu2...
fahrin ni pun kalau rambut takde uban jambu jahhh... tinggal lagi kulit gelap jah...
Quote MadameOnion 20-10-2022 08:20 AM
iols ok je hero jambu...dah sejemis muka jambu takkan nak serongoih jadi busuk pulak..asalkan bukan bapok
Quote beta_carotene 20-10-2022 08:27 AM
sejenis muka salleh yaakob..

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050564 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top