CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Ditembak Rakan Ketika Buru Babi Hutan

19-10-2022 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 857| Komen: 5

Seorang wanita Britain maut selepas ditembak mati oleh rakannya ketika memburu babi hutan di barat laut Perancis.

Wanita berusia 67 tahun itu ditembak di dada semasa memburu di kawasan Goudelin di Brittany pada Ahad lalu, menurut media tempatan.


AFP/Getty Images

Menurut kenyataan itu, wanita terbabit dan rakannya sedang menyeberangi ladang jagung sebelum dia ditembak.

Tambah kenyataan itu, seorang lelaki berusia 69 tahun dalam keadaan yang tidak diketahui puncanya telah menghala senapang larasnya ke arah belakang.


Wanita itu meninggal dunia di sebuah hospital di Saint-Brieuc.

Pihak pendakwa raya berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Walaupun keadaan sebenar kejadian masih belum diketahui, pendakwa raya berkata, ujian awal menunjukkan lelaki itu bebas alkohol atau dadah.

Pihak pendakwaan memaklumkan bedah siasat akan dijalankan pada Rabu.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 19-10-2022 09:42 PM
Kalo paras dada, agak tinggi la..xkan die assume tu babi? Tinggi la babi tu
Quote zarulnazmi 20-10-2022 12:27 AM
whimsicalmusic: Kalo paras dada, agak tinggi la..xkan die assume tu babi? Tinggi la babi tu


awak dah tulis macam tu terus saya terbayangkan adegan CSI diorang buat bayangan jarak dan sudut siap ada kiraan darjah untuk tentukan kemalangan atau disengajakan.
Quote Highflyer19 20-10-2022 05:47 AM
Selalu sgt kes mcm ni berlaku setiap kali berburu...
Quote fairy_fairy 20-10-2022 07:08 AM
Highflyer19 replied at 20-10-2022 05:47 AM
Selalu sgt kes mcm ni berlaku setiap kali berburu...

Mungkin benda ni universal? Bila berburu kawan tu automatic nampak macam binatang buruan? Sebab ada orang kampung iols adik beradik pun cakap benda yang sama. Si abang nampak si adik tu macam rusa padahal dia pun pemburu berpengalaman. Nasib baik jer adiknya tak mati.
Quote venom1 20-10-2022 07:31 AM
dalam hutan macam2 boleh berlaku. fizikal atau spiritual.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.212105 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top