CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Universiti Dituduh Ambil Pensyarah Terlalu Cantik Untuk Tarik Kehadiran Pelajar

19-10-2022 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2537| Komen: 20

Sebuah universiti di China menangkis kritikan ramai yang mendakwa tindakan pihaknya mengambil seorang pensyarah wanita cantik sebagai tenaga pengajar adalah semata-mata mahu meningkatkan kehadiran dalam kalangan pelajar.


Dalam satu kenyataan, Kolej Sains Teknologi dan Komunikasi Henan Kaifeng di wilayah Henan, sebaliknya berkata, tindakan mengambil pensyarah berkenaan adalah disebabkan kecemerlangan dan keupayaannya mengajar.


SCMP

Malah institusi itu menambah, gaya penyampaian pensyarah berkenaan ketika mengajar di kuliah begitu bersemangat dan rancak, di mana ia adalah faktor utama mengapa dia terpilih.

Pensyarah muda yang hanya dikenali dengan nama Zhang, kini menjadi buah mulut gara-gara tular di media sosial di China kerana kecantikannya.


SCMP/Weibo

Apabila video ketika sedang menyampaikan kuliah menjadi tular, Zhang dipuji kerana gaya pengajarannya dan penampilan fizikalnya.

Zhang merupakan pensyarah bagi subjek 'Pemikiran Mao Zedong' yang menjadi subjek teras di universiti di China.

Seorang pelajar, Song, mengakui dia menyukai kuliah yang disampaikan pensyarah wanita tersebut dan merancang untuk hadir ke kelas sepanjang semester.


SCMP/Weibo

Zhang mempunyai hampir 430,000 pengikut di TikTok dan seperti kebanyakan orang, wanita ini juga cenderung berkongsi kehidupan peribadi dengan pengikutnya. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-10-2022 10:08 PM
comel amoi ni...budak2 mesti suka nak datang kelas kalau dapat lecturer comei
Quote sharlenetexas 19-10-2022 10:09 PM
Itu gambar tak edit ke?

Quote Scheherazade 19-10-2022 10:11 PM
Motivasi utk pelajar mai kelas
Quote kakikuDibibirmu 19-10-2022 10:11 PM
Cantik-cantik pun tapi selet pakai tisu bau hancing bakpe
Quote buapakperut 19-10-2022 10:11 PM
enggak,menurut mbak friska,indonesya jauh beda lagi keren
Quote Minami2013 19-10-2022 10:21 PM
Kalo perempuan pun suka dpt lecturer perempuan yg cantik apa tah lagi la lelaki
Quote VioletsAre_Blue 19-10-2022 11:59 PM
Biasa je
Quote ultra78 20-10-2022 12:26 AM
Astaghfirullah. Kalau itu dikira cantik aku tak tahu la mcm mana rupa biasa.
Quote Babai 20-10-2022 01:02 AM
Ambil pensyarah TERLALU CANTIK???? Tak cantik pun.
Quote Highflyer19 20-10-2022 05:43 AM
Ordinary...content kot ni
Quote Perwira2022 20-10-2022 06:04 AM
Camtu terlalu cantik?
Quote green~tea 20-10-2022 06:50 AM
Cantik bg standard Chinese PRC le...
Quote Thunderclouds 20-10-2022 09:11 AM
Kalo ikut artikel asal dia tulih beautiful like a fairy. Hehehe..so translation mulayu pn instead cantik bak bidadari gunapakai terlalu cantik. Harap bukan filter 7lapis la yer
Quote ally9970 20-10-2022 09:26 AM
Define "terlalu cantik"....
Quote She-Ra 20-10-2022 09:32 AM
ok la tuuuu.. pemangkin.. takde la kejadian tuang kelas
janji takde benda mengarut jadi sudehhhh

kita dedulu pun dpt cekgu practical kemain seronok... kena pulak jenis muda cem cemmm...  laju je kacau ahhahaaa
Quote epullipan 20-10-2022 09:33 AM
normal la kot..macam dulu kalau ade pensyarah hensem mmg awek2 semnagat nak datang kelas..ini diakui oleh member member aku yang pompuan
Quote ifanonline 20-10-2022 09:34 AM
tak cantik pun
Quote jas7512 20-10-2022 09:48 AM
Kku i   i lg suka cikgu or pebsyarah yg pandai ngajar..yg blh buar kita faham btl apa yg diajar.  Dulu masa sekolah ada cikgu fizik muka mcm artis mat saleh popular masa tu tapi sepatah haram x fhm aoa diajar. Biarlah yg muka chowkia pun janji apa diajar terus masuk otak
Quote namr 20-10-2022 09:52 AM
masuk sini sbb nak tengok terlalu cantik sekali bila masuk.......kecewa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051328 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top