CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 10 Tahun Diserang, Diheret Beruang

19-10-2022 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1001| Komen: 3

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun diserang seekor beruang hitam ketika bermain di kebun datuknya di Amerika Syarikat.

Pegawai polis Connecticut berkata, haiwan itu kemudian cuba mengheret kanak-kanak itu pergi sebelum ditembak oleh pegawai polis.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian paha, kesan cakar di bahagian belakang badan dan gigitan di buku lalinya.


Gambar hiasan

James Butler, datuk kepada mangsa  yang  menyaksikan serangan itu berkata, cucunya sedang bermain berhampiran sebuah trampolin apabila beruang itu muncul daripada belakang rumahnya.


“Saya mendengar dia (cucunya) menjerit beruang dan apabila saya menoleh, saya melihat kakinya di mulut beruang dan haiwan itu menyeretnya,” katanya kepada media.

Butler yang menggunakan kerusi roda melemparkan bar logam ke kepala beruang tersebut untuk menakutkan haiwan liar itu.

Beruang itu pada mulanya melepaskan budak lelaki itu tetapi kemudian mengheretnya semula menggunakan cakarnya.

Tambah Butler, jiran yang mendengar jeritan cucunya bergegas ke kebun dan akhirnya menakutkan beruang itu dengan menggunakan besi paip.

Tidak lama kemudian, polis negeri dan pegawai dari Jabatan Tenaga dan Perlindungan Alam Sekitar tiba dan menembak mati beruang itu. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 19-10-2022 09:47 PM
Beruang ni fizikal mmg comel..tp bila die da serang tu..blh tgk cite the revenant cmne leonardo dicaprio time kena serang ngn beruang. Scary..
Quote KamikuP 20-10-2022 11:21 AM
whimsicalmusic: Beruang ni fizikal mmg comel..tp bila die da serang tu..blh tgk cite the revenant cmne leonardo dicaprio time kena serang ngn beruang. Scary..


Best tak citer Revenant tu cuolls?
Quote Sindrelakooper 20-10-2022 12:17 PM
Yes This type of attacked happening in our aria I think You know A 10-year-old boy has been mauled by a black bear while playing in his grandparents' garden in the United States. The animal then attempted to drag the young child away before being shot by police officers, officials in the state of Connecticut said. The boy was injured but survived the ordeal. Monkey App Download

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042642 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top