CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Sokong Tun M, Kini Farid Kamil Jadi Penyokong Anwar

19-10-2022 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1971| Komen: 14

Pelakon dan pengarah Farid Kamil yang pernah menjadi penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini menjadi penyokong setia Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar berkongsi foto kunjungan Farid di pejabat beliau hari ini dengan kedua-dua mereka tersenyum mesra dan salaman erat.



Farid yang masih dalam rayuan di mahkamah berkaitan kes penggunaan ganja empat tahun lalu dalam beberapa hantaran di media sosial memaparkan sokongan terhadap Anwar.

Beliau turut memberikan lima sebab mengapa Anwar layak menjadi perdana menteri ke-10.


Dalam video tersebut Farid memberitahu bahawa Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan Terbaik dunia dan Asia dan imejnya sebagai pemimpin yang dikenali di peringkat antarabangsa.


FB Anwar

Video itu ditamatkan dengan soalan: “Anda rasa siapakah yang layak jadi perdana menteri ke-10?”

Sebuah lagi video dimuat naik oleh Farid lima hari lalu yang memaparkan wawancara Anwar berkenaan tindakannya menghalang rasuah ketika menjadi timbalan perdana menteri.




Sebelum PRU14 Farid memuat naik video yang mengumpulkan ucapan dan doa kepada Mahathir.

Video itu sempena ulang tahun kelahiran Mahathir yang ke-93.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 19-10-2022 08:22 PM
so retis mana pulak yg pangkah moyiddin nanti? najwa?
Quote AcikBuncit 20-10-2022 01:07 AM
Xpayahla poyo sgt sape2 pemimpin yg laungkan slogan anti rasuah ni.... Politik=rasuah... Kecik atau beso je habuannye.. Kantoi xkantoi je..
Quote sitinaziha_214 20-10-2022 02:18 AM
Edited by sitinaziha_214 at 20-10-2022 02:42 AM

Apa agendaa suami isteri ni? Sang suami tulis penyokong anwar pulaaak. Pastu sang bini post up daulatuanku… terus?  . Pandai MO laki binii kaverline xnk nampk side sebelh pihak…..
Quote sitinaziha_214 20-10-2022 02:19 AM
FK nak masok poli plak ke? Takyah lahh retis2 busuk nak masok. Nyemak kan udara aje
Quote Rogue98 20-10-2022 02:59 AM
Tun ke Anwar tetaplah kena hanching....
Quote unotliveonce 20-10-2022 11:25 AM
Quote hudalarva 20-10-2022 11:52 AM
ekonomi negara semakin kelaut... i speku bangnon akan diangkat utk bring back the kegemilangan Malaysia yang sudah malap...  
Quote ezacbee 20-10-2022 12:37 PM
Layankan jelah peel retis menumpang kasih..
Quote ReginaGeorge 22-10-2022 11:16 AM
Dengan harapan dapat balik title datuk ke
Quote awexgaban7 23-10-2022 11:00 AM
kalau x silap FK & DD mmg peykarharr....
Quote AWEKSAMURAI 23-10-2022 11:29 AM
Tak pelik pun dorang2 ni sokong sume nak kan kepentingan ....kalau x dpt apa yg dorang nak dorang akan paling tadah.. itu lah politik
Quote umbut 23-10-2022 12:01 PM
Bang non kalo jadi pm tahun 80an 90an dulu mau jadi iran negara ni.. terlalu islamic
Quote exclusive_vvip 23-10-2022 12:09 PM
dlm gambo tu nampak macam farid kamil plak yg terima kunjungan..sbb muka serupa kepam baru bangun tido..ala2, anwar plak yg dtg rumah masa fk tgh tido
Quote cupu 23-10-2022 12:20 PM
Minat politik..tp perangai haprak.movie pun rempit rempit je..mcm mn nk memimpin. Jd liabiliti pada parti shj.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.041249 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top