Rakaman video seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian di Kasoa, Ghana pada Sabtu yang menjadi tular mengundang pelbagai reaksi netizen.
Difahamkan, lelaki terbabit memanjat pencawang elektrik tersebut untuk membunuh diri selepas mengalami kemurungan akibat masalah kewangan yang serius. Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik dan kedengaran suara pujukan orang ramai yang tidak diendahkannya. Dia bagaimanapun terkena renjatan elektrik ketika cuba bergayut, lalu terjatuh ke bawah.
Lelaki terbabit dilaporkan meninggal dunia akibat melecur selain mengalami kecederaan parah akibat terjatuh dari ketinggian 20 meter. Ghana Web Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT