CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kampung Wariskan Tanah Kepada Monyet, Nak Datang Kenduri Kahwin Pun Dialu-Alukan

19-10-2022 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 897| Komen: 3

New Delhi: Bukan hanya mendapat layanan baik, malah sekumpulan monyet di India, diberi penghormatan menduduki tanah sendiri.

Penduduk Kampung Upla, Osmanabad memandang tinggi hidupan itu dengan memberinya makan setiap kali mereka muncul di depan pintu rumah mereka.

Selain itu, haiwan itu turut dialu-alukan dalam majlis perkahwinan.


Gambar Hiasan

Ketua Kampung Bappa Padwal, rekod tanah menjelaskan, tanah seluas 13 hektar itu didaftarkan atas nama semua monyet yang tinggal di kampung itu.

"Walaupun dokumen dengan jelas menyatakan tanah itu milik monyet, tidak diketahui siapa yang mencipta peruntukan ini untuk haiwan dan bila ia dilakukan.

"Pada masa lalu, monyet adalah sebahagian daripada semua ritual yang dijalankan di kampung itu.

"Kampung ini adalah rumah kepada hampir 100 monyet sekarang dan bilangan mereka berkurangan sejak beberapa tahun kerana haiwan itu tidak tinggal lama di satu tempat," katanya.

Katanya, Jabatan Hutan menjalankan kerja-kerja perladangan di atas tanah itu dan terdapat juga sebuah rumah terbiar di plot itu yang kini runtuh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 20-10-2022 03:25 AM
Adakah penduduk kampung tu pengikut dewa hanuman???
Quote Highflyer19 20-10-2022 06:12 AM
Untung monyet2 tu...
Quote rosedemon 20-10-2022 10:14 AM
kawen la ngn nyet nyet tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.083856 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top