Baru-baru ini, penampilan Bunga Isme ketika menghadiri kuliah di universiti menjadi perhatian. Di TikTok, penyanyi ini dilihat memuat naik video memaparkan dia sedang berjalan sambil menyanyi secara ‘miming’ dengan menggayakan baju kurung.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah ‘nose ring’ yang dipakai olehnya. Di ruangan komen, rata-rata pengikut mempersoalkan sama ada aksesori itu dibenarkan untuk dipakai ketika berada dalam kawasan universiti. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menjadikan imej itu sebagai bahan tawa dan lucu.
Ada yang menyamakan dengan mata kail dan keychain. "Sis mata kail sangkut kat hidung" "Tambah sebelah lagi boleh kawan dengan lembu" |
ADVERTISEMENT