CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaki Yamani Takkan Abai Pelajaran, Nak Skor Dalam SPM

19-10-2022 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1115| Komen: 3

Zaki Yamani mencuba nasib dengan mempertaruhkan karya bergenre hip hop ketika awal kemunculannya sebagai penyanyi.

Namun, seiring peningkatan usia, penyanyi berusia 16 tahun itu merasakan bahawa genre itu tidak cocok dengan kehendak muziknya.

Berkesempatan menemubual anak kepada Datuk Jamal Abdillah ini, Zaki menyingkap cerita perjalanan seninya sehinggakan dia kini tidak mahu lagi menyanyikan lagu lamanya.


IG Zaki

"Saya dah tak nak bawa lagu hip hop dah," katanya saat ditanya mengenai hala tuju muziknya.


Menurutnya, kemunculan awalnya sebagai penyanyi sejak beberapa tahun lalu adalah kerana mengikut trend muzik pada ketika itu.

"Semasa mula melangkah ke dalam dunia seni, saya baru berada di tingkatan satu. Jiwa remaja saya pada ketika itu tertarik kepada muzik hip hop.

"Saya memang terikut dengan trend muzik ketika itu selepas melihat beberapa penyanyi baru (BBNU) hadir dengan karya-karya dari genre itu.

"Tapi, sekarang saya mula terfikir bahawa hala tuju muzik saya adalah lebih kepada lagu-lagu pop dan etnik," katanya.

Menurutnya, dia sendiri mengakui bahawa genre pop dan etnik mampu menonjolkan kemampuan vokalnya.

"Menerusi lagu-lagu pop dan etnik, saya rasa, saya akan mampu menonjolkan kemampuan vokal saya. Kadang, nak juga cuba tarik tinggi-tinggi.

"Jadi, saya rasa, sudah tiba masanya untuk saya ke hadapan dan paksa diri saya," katanya.

Usai berkongsi mengenai karier dan hala tujunya sebagai penyanyi, Zaki juga turut berkongsi kisah kehidupannya sebagai pelajar sekolah menengah yang pada masa sama, bergelar anak seni.

Katanya, dia akan berehat dari jam 1 hingga 2 petang selepas tamat sesi persekolahan pada tengah hari.

"Kalau ada urusan kerja, semuanya akan berjalan di sebelah petang. Pada sebelah malam, saya akan hadiri kelas tusyen. Memang jadual saya agak padat sebab saya bekerja dan belajar pada masa sama. Tapi, sebab saya duduk berdua dengan ibu, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk bekerja keras," katanya.


IG Zaki

Berkongsi mengenai impian dan cita-citanya, Zaki tidak akan sewenang-wenangnya mengabaikan pelajaran hanya untuk mengejar cita-citanya.

"Impian saya pada awalnya nak menjadi doktor. Tapi, kemudian, bertukar pula kepada jurutera dan tak sangka, sekarang rezeki dan minat saya lebih kepada nyanyian.

"Tapi, saya takkan tolak tepi perihal pelajaran kerana saya nak skor dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan dan nak masuk universiti," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 19-10-2022 08:04 PM
Banyak citer la kau, dik...
Score dulu, baru citer...
Bagi lagu popular dulu, baru citer...
Cer tengok dak mail tu, tup2 lagu popular je... Tak ada citer pun dia anak orang kaya... Mak dia siapa... Masa mula2 dulu
Quote matbad 20-10-2022 08:11 AM
Anak anak tok Jamal over la. Apa ntah yg bangga sgt tu
Quote ketupatnasi 20-10-2022 08:48 AM
semua claim nama bapak.
apa pun, semoga cemerlang dalam pelajaran dik. sebab suara pun tak berapa boleh nak pegi jauh jahhh.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.040460 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top