Harry Styles terpaksa menghentikan persembahan selepas dibaling botol oleh seorang penonton. Rakaman video yang tular itu menunjukkan penyanyi berusia 28 itu membongkok kesakitan selepas terkena botol air yang dibaling peminatnya itu.
Harry itu terpaksa menahan kesakitan sebelum meneruskan persembahannya di sebuah konsert di United Center di Chicago. "Ini satu perkara yang sungguh malang," kata Harry. Memetik laporan mirror.co.uk, penyanyi lagu As It Was itu bercakap dengan peminat beberapa saat sebelum terpaksa menghentikan seketika persembahannya.
Sementara itu, Harry dilihat menunjukkan tanda-tanda tidak selesa selepas kejadian itu berlaku. "Okay lupakan sahaja, semuanya sudah baik-baik sahaja," katanya. Ini bukanlah kali pertama Harry dibaling objek ketika berada di atas pentas. Pada awal bulan Ogos lalu, peminat telah membaling nuget ayam kepada bekas ahli kumpulan One Direction ini sewaktu bersiaran dalam program Love On Tour. Insiden itu berlaku selepas dia berjaya memecah sejarah dengan penjualan single dan album terlaris tahun ini menerusi lagu hit As It Was dan album studio ketiganya, Harry’s House. Sumber: mStar
|
Adrif replied at 19-10-2022 07:00 PM
dah jadi macam kebiasaan diorang pulak, asal dia ni perform je, mesti baling barang kat konek dia. d ...
tikusmontok replied at 20-10-2022 07:52 AM
Retis msia lebih hebat disanjung peminat, harkktuihh peminat dr atas pun takda hal
ADVERTISEMENT