CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lambakan Konsert Penyanyi Luar, Awie Harap Kerajaan Baharu 'Susukan' Anak Seni Tempatan Dahulu

19-10-2022 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1672| Komen: 15

Datuk Awie tampil menyuarakan pandanganya berhubung isu lambakan penyanyi seberang mengadakan konsert di Malaysia.

Tidak menafikan peluang dan rezeki masing-masing, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53, bagaimanapun berharap ada pihak menyelaraskan kemasukan mereka agar artis tempatan tidak berasa terpinggir.

Foto: IG

“Itu rezeki dan beruntung sebab mereka tidak dikenakan sekatan yang kuat dari Malaysia... persatuan daripada Malaysia ni welcome kehadiran penyanyi luar tapi sampai bila nak longgokkan dengan penyanyi seberang ini sedangkan Malaysia juga punyai penyanyi yang bagus.

“Cuma saya berharap sangat pada masa akan datang penyanyi di Malaysia juga mudah untuk menebusi pasaran negara mereka... sebab saya tahu kebanyakkannya kehadiran kita kurang disenangi, persatuan mereka agak kuat dan kawal kita masuk ke negara mereka,memang susah sebenarnya!


“Ini yang berlaku dalam negara kita ni, saya berharap dengan pemilihan kerajaan baharu ini dapat memikirkan tentang kita... susukan dahulu anak tempatan ini, kemudian baru susukan gajah di seberang,” kata Datuk Awie kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Kumpulan Wings bakal membuat persembahan di Konsert Naga Keramat pada 22 Oktober di Zepp Kuala Lumpur dan Konsert Mega Marhaen bertempat di Mid Town Perda, Pulau Pinang pada 29 Oktober. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikilalapooh 19-10-2022 05:50 PM
konsert ni depends dkt siapa organizer and promoter. kalau tak dpt cari sponsorship, takde demand tinggi, macam mana nak adakan konsert? contoh mcm konsert kak ani tu, penjualan ticket sendu, mcm mana nak adakan konsert kalau takde demand? promoter pun kena buat kerja la..
Quote Tembikaigoreng 19-10-2022 06:29 PM
Artis luar buat konsert guna duit government ke??? Bersusun konsert artis lokal pun kalau xde yg beli xguna jugak....
Quote I.K.A888990 19-10-2022 07:45 PM
kalau org xmau tgk pn payah gak atok oi

Quote cicicumel 19-10-2022 08:13 PM
Kt Malaysia ni balik2 konsert retis 90 an je la yg laku. Sblm Covid ada cubaan nk wat konsert Bbnu, namun kena cancel ye sbb xde sambutan.
Konserr aina abdul yg 2x buat tahun ni not bad kan sambutannya.
Quote September14 19-10-2022 08:20 PM
Biarjela retis luar nak buat konsert… bkn gomen bg dana pun… dah ada fans tempatan mmpu nak byr biarjelah dengki kenapa
Quote kookiechip 19-10-2022 08:42 PM
Retis luar buat concert guna dana gomen ke? Kalau guna, bolehlah nk komen gini. Tapi nk buat concert kena tengok jugak ada sambutan ke tidak. Lagi2 kalau concert local yg guna duit gomen
Quote sleepandream 20-10-2022 08:18 AM
artis luar pon tak hingin nak buat kat malaysia.. byk sgt rules.. paling2 pun dari indon sajork...
justin bibir rilek2 sajork cancel konsert heols...
kalau south east asia ni venue wajib is singapork okeh...
Quote jibams 20-10-2022 09:12 AM
sleepandream replied at 20-10-2022 08:18 AM
artis luar pon tak hingin nak buat kat malaysia.. byk sgt rules.. paling2 pun dari indon sajork...
j ...

setuju... Malaysia ni jadi macam persinggahan je buat retis international... Selalu concert kat Malaysia ni dari Indonesia je.. mostly retis international pilih Singapore.. kalau rock metal, Indonesia lebih open.... Kat Malaysia ni nama konsert rock bagai sekali tgk lineup Masdo, Hujan, sadis betoi...
Quote nightwinkle 20-10-2022 09:46 AM
sleepandream replied at 20-10-2022 08:18 AM
artis luar pon tak hingin nak buat kat malaysia.. byk sgt rules.. paling2 pun dari indon sajork...
j ...

setuju...byk sgt rules nyer
retis luar pun buhsan
Quote rosedemon 20-10-2022 10:19 AM
ok meol sokong je awieeeeee
Quote stingergrumpy 25-10-2022 05:35 AM
Eh eh....Banyak cekadak ko sejak dua menjak terlajak laris  ini eh sawim?

Rakyat bukan mampo nak pi over the sea utk menonton retis retis pujaan mereka...patutnya ko raikheun usaha promoters utk membawa retis ini semua ke sini ler....

Macam aku nak pang aja ko tau.....

Saranan aku kalau ko rasa retis tempatan kurang dipertinjolkheun disini...why dont ko say dalam setahun dapat 15- 20 undangan utk adakhen persembahan dlm konsert or what bagi ler dgn retis2 lain.....ada beran keww?
Quote stingergrumpy 25-10-2022 05:38 AM
Edited by stingergrumpy at 25-10-2022 05:40 AM
September14 replied at 19-10-2022 08:20 PM
Biarjela retis luar nak buat konsert… bkn gomen bg dana pun… dah ada fans tempatan mmpu nak byr bi ...

Kheunz?

Sawim bukan sekolah tinggi mana pun kekadang itewq lebih banyak tahik jer bila bukak mulut....

Though aku antara pemenat giler sawim ni.....
[youtube]wAwaQZtyZjw[/youtube]

Membasahi bulu bulu ari...dikeheningan pagi
Quote dudaberhias 25-10-2022 06:05 AM
takdenyaaa orang nak tengok konsert retis lokalll kalau dah rega nek ani lepastu di nek ani kan pulak pembeli2 tiket... baik kaka tengok billie ellish sebesar zarah dan kuman dari 10km....
Quote anony-mous 25-10-2022 06:16 AM
Tp i nk tgk konsert artis luar. Awie ni bkn belajar tggi pon. Xyah layan la. Artis luar klau masuk sini, tp x masuk negara asia tenggara yg lain, pelancong luar akn dtg. Kalau komsert tu buat dkt thai n sg je, negara kita rugi jgk sbb rakyat kita akn pegi negara luqr utk tgk konseet ti
Quote Nham22 25-10-2022 07:17 AM
Apooooooooooooooooooooooo penyanyi malaysia nak menyanyinlive pon sumbangggg... Ape ntah lg nak menariii... Ciritttt.... Takkan semua nak lip sync

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.098051 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top