CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marah Salah Dapat 'Order', Lelaki Terbakar Kaki Sendiri

19-10-2022 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 955| Komen: 3

Seorang lelaki membakar sebuah restoran milik warga Bangladesh selepas mendakwa menerima menu hidangan salah.

Dalam kejadian pada 1 Oktober lalu, Choephel Norbu, 49, memesan hidangan ayam di Restoran Ittadi Garden and Grill di Jackson Heights, Queens, dekat New York, Amerika Syarikat (AS).



Twitter

Seorang pelayan restoran itu, Jahana Rahman berkata, Norbu yang didakwa mabuk pada mulanya memesan nasi beriani ayam.

Ketika pesanan itu dihantar kepadanya, Norbu tidak semena-mena menjerkah salah seorang pekerja restoran tersebut.


"Dia kemudian dilihat melempar hidangan itu ke atas muka pekerja itu dan mendakwa dia mendapat hidangan salah.

"Kami tidak tahu mengapa dia berbuat demikian. Ini memang tidak masuk akal," katanya.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian kembali ke restoran itu pada kira-kira pukul 6 pagi dengan membawa sebotol minyak petrol.

Dia kemudian menyimbah minyak tersebut pada pintu hadapan premis itu dan menyalakan api.

Namun, ketika api mulai marak, kakinya turut terbakar akibat perbuatannya sendiri.

Suspek kemudian dilihat pergi dengan api yang masih menyala di kakinya.

Kebakaran itu turut menyebabkan tingkap dan unit penghawa dingin restoran itu rosak, mengakibatkan kerugian lebih AS$1,500 (RM7,071).


Twitter 

Sementara itu, pihak berkuasa yang berang dengan tindakan lelaki itu berkata, mereka menghabiskan masa selama hampir dua minggu untuk menjejaki dan menangkapnya.

Namun, mereka hampa apabila lelaki itu dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin oleh mahkamah.

Selepas ditahan pada 14 Oktober, suspek dibebaskan namun masih dalam pengawasan pihak berkuasa.

Suspek tidak diikat jamin dan tidak juga mempunyai rekod jenayah terdahulu.

Dia dijadual dibicarakan semula oleh mahkamah pada Selasa. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-10-2022 05:24 PM
datang la ke negara Msia Boleh..xde camni punya..mai jer..pacak kedai udah...xyh berlesen.
Quote Adrif 19-10-2022 07:09 PM
dalam video tu, hujung2 ada orang cuba padamkan api marak dengan air botol?

takpe la dik, bak kata cikgu dalam buku rekod pelajar, "Teruskan usaha."
Quote I.K.A888990 19-10-2022 08:01 PM
tu la ikutkan marah sgt diri sendiri yg kena
nk padankan muka ke apa ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.113819 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top