CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Youtuber Israel, Nas Daily Masuk Malaysia Guna Passport Negara Lain

19-10-2022 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3812| Komen: 30

Penghasil kandungan YouTube (YouTuber) warga Israel, Nas Daily memasuki negara ini menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis di bawah Kepulauan Caribbean pada Sabtu lalu.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan dan memiliki dua pasport.

“Nas Daily warganegara Israel, beliau masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport negara lain bukan Israel. Beliau menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dalam komuniti Carribean,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Foto: FB

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Nilai di sini yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Jelas beliau, berdasarkan rekod ‘Nas Daily’ masuk ke negara ini pada 15 Oktober lalu (Sabtu) dan keluar pada hari berikutnya (Ahad) dengan pasport Saint Kitts and Nevis.

“Kerakyatan Saint Kitts and Nevis difahamkan boleh diperoleh oleh rakyat dari negara lain, jadi beliau memasuki negara dan keluar dari Malaysia dengan menggunakan pasport sama.


“Beliau tidak boleh masuk dengan menggunakan pasport lain dan keluar dengan pasport lain, saya difahamkan beliau kemudian telah memasuki Singapura dengan mengguna pasport Israel,” katanya.

Jelas Khairul Dzaimee, setakat ini tiada tindakan dari segi Akta Imigresen kerana ‘Nas Daily’ masuk dan keluar secara sah sebagai seorang pelancong.

Tambah beliau, dari segi peraturan imigresen seseorang yang masuk ke negara ini dengan pasport yang sah bukan satu kesalahan walaupun dia mungkin mempunyai dua kerakyatan.

Terdahulu, ‘Nas Daily’ telah berkongsi rasa terujanya berada di Melaka melalui perkongsian di Facebook story milik Youtuber terkenal Israel itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 19-10-2022 05:46 PM
dia ni moslem kan?

utk arab2 di sana , lenkali masuk malaysia pakai la jubah...
Quote _blackbird 19-10-2022 06:06 PM
aku pon pernah dgr org malaysia pon boleh je masuk israel tapi bukan direct touch down la, masuk thru jordan pastu apply mcm daily permit ke pass mcm tu utk jalan2 masuk israel. malah negara israel suka org melancong negara depa gittew
Quote rainbowrainz 19-10-2022 06:07 PM
Ni agen mossad akan ade byk lagi yg akan dikantoikan..tgu jelah...
Quote Adrif 19-10-2022 07:14 PM
salimrock replied at 19-10-2022 05:46 PM
dia ni moslem kan?

utk arab2 di sana , lenkali masuk malaysia pakai la jubah...

Dakwa Diri 'Less Religious' & Cipta Agama Sendiri, Pendakwah Ini Kritik Fahaman Nas Daily

artikel tahun 2018 dulu

idok ler Muslim. dah kira murtad dah. dia sendiri mengaku
Quote mbhcsf 19-10-2022 07:18 PM
ini   biasalah....yahudi US, yg ada hometown kat israel pun boleh gune passport US masuk Malaysia.
Quote cmf_premierleag 19-10-2022 07:29 PM
_blackbird replied at 19-10-2022 06:06 PM
aku pon pernah dgr org malaysia pon boleh je masuk israel tapi bukan direct touch down la, masuk thr ...


Boleh direct touch down
Amik flight SIA direct fr changi to ben gurion airport,tel aviv
Tp iols dulu masuk dr jordan sbb naik etihad.so amik visa kat jordan
Quote riyadhK 19-10-2022 11:23 PM
cmf_premierleag replied at 19-10-2022 07:29 PM
Boleh direct touch down
Amik flight SIA direct fr changi to ben gurion airport,tel aviv
Tp iols  ...

Macam mana tu uols boleh guna passport kita ke kalau direct guna sia?
Quote mamajawie 20-10-2022 12:51 AM
Apa ada kat israel sne?mind to share sbab iolls paling jauh gi siam je yach
Quote mawardia 20-10-2022 02:19 AM
Edited by mawardia at 20-10-2022 02:20 AM

Edited--------
Quote ResellerMaxis 20-10-2022 02:29 AM
salimrock replied at 19-10-2022 05:46 PM
dia ni moslem kan?

utk arab2 di sana , lenkali masuk malaysia pakai la jubah...

Boleh bagi cadangan kat fb dia. Suruh masuk sebagai keturunan nabi. Nanti di sembah.
Quote ResellerMaxis 20-10-2022 02:31 AM
mbhcsf replied at 19-10-2022 07:18 PM
ini   biasalah....yahudi US, yg ada hometown kat israel pun boleh gune passport US masuk Malaysia.

Dia ni arab palestin Bukan yahudi israel.
Quote akido_kido 20-10-2022 04:24 AM
Bila masa pulak dia youtuber israel..dia palestin kot..ada satu video dia tunjuk respon orang yahudi bila tahu dia palestin..budak2 yahudi terus biadab
Quote nikaido 20-10-2022 05:10 AM
Edited by nikaido at 20-10-2022 05:20 AM

tentang pasport st.kitts yg Nas pakai ni,negara2 Caribbean ada 'jual' pasport diorang dibawah 'investment program'. bayar lebih kurang $100k - $200k ikut negara. kita pun boleh pohon kl nak ada dual citizenship. boleh research tentang program ni kalau berminat
Quote nikaido 20-10-2022 05:15 AM
mbhcsf replied at 19-10-2022 07:18 PM
ini   biasalah....yahudi US, yg ada hometown kat israel pun boleh gune passport US masuk Malaysia.

gosh..dia bukan yahudi US, lahir sbg palestin tp famili duduk dkt area byk org israel
Quote Themilo 20-10-2022 07:55 AM
boleh je apply passport negara lain, walaupun bukan warganegara. syaratnya, kena beli passport & invest certain amount kat negara tu. Iols syak, Nas ni memang simpan duit kat offshore bank account supaya tak kena tax.
Quote testly 20-10-2022 08:00 AM
nikaido replied at 20-10-2022 05:10 AM
tentang pasport st.kitts yg Nas pakai ni,negara2 Caribbean ada 'jual' pasport diorang dibawah 'inves ...

Malaysian can't have dual citizenship... Either u drop citizenship as malaysian or go for pr utk the other country.
Quote CiliPadiSedap 20-10-2022 08:31 AM
nikaido:    Edited by nikaido at 20-10-2022 05:20 AM  tentang pasport st.kitts yg Nas pakai ni,negara2 Caribbean ada 'jual' pasport diorang dibawah 'investment  ...


malaysia bukan negara dual citizenship . u nak u kena release kerakyatan u dari malaysia apply negara dual citizenship. cara kedua u dapat special visa . dengan invest or ada certain amount dalam mana2 negara u nak.

bullshit je malaysia dual citizenship...

Quote hayrin86 20-10-2022 08:40 AM
Nas Daily nih bukannya artis, sama juga dengan Kak KM, DSV, Noor Nabila, Ameera Khan, Athisha Khan, Sajat, Safiey Ilias, Aliff Syukri..
Quote Dwdrum 20-10-2022 09:07 AM
nikaido replied at 19-10-2022 01:10 PM
tentang pasport st.kitts yg Nas pakai ni,negara2 Caribbean ada 'jual' pasport diorang dibawah 'inves ...

Tiada yang pelik issue dual citizenship nas... Ia di panggil golden visa @ la vida programme.. Malaysia juga dalam list di panggil MM2H... Cuma country policy berbeza lalui investment dapat citizenship dalam short period ada yang probation dalam dahulu bagi long term visa untuk naturalize

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079587 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top