CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Sogok Polis RM90,000 Suruh Lepaskan Kawan, Dengan Dia Sekali 'Ke Dalam'

19-10-2022 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1058| Komen: 8

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki cuba merasuah polis sejumlah RM90,000 supaya melepaskan rakan yang ditahan kerana terlibat sindiket tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud, memakan diri apabila turut ditahan.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu menawarkan wang tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap rakannya.

Katanya, suspek ditahan selepas berkeras untuk ‘memberi suapan’ itu bagi melepaskan rakannya yang ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, di sini.


Foto: Kosmo

“Pihak polis telah memberi amaran untuk tidak berbuat demikian, namun suspek terus mendesak untuk menerima wang tersebut. Tangkapan dibuat dan wang tunai tersebut yang cuba diserahkan kepada polis turut dirampas.

“Kejadian ini berlaku di Taman Suria di sini dalam satu pertemuan antara suspek dan anggota polis terbabit. Kes ini dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, suspek itu berbuat demikian selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membuat serbuan di ke pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, kira-kira 12 tengah hari.

Katanya, serbuan tersebut dilakukan kerana apartment itu dijadikan sebagai pusat panggilan menawarkan kerja dalam talian yang tidak wujud. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 19-10-2022 06:08 PM
Silap2 dengan duit suapan pun burn..kena tangkap lagi..
Quote musangbodoh 19-10-2022 09:33 PM
errr 90k??? giler ape x amik......

ke kwn tu dgr 9k je
Quote zamzam 19-10-2022 09:43 PM
Tahniah abam polis.
Quote mojarean_X 19-10-2022 09:56 PM
Maybe ni mesti hasil Mydin Pitchay jaga polis johor sblm ni. Mesti mrk ingat bebelan beliau sepanjang menjadi ketua polis johor dulu
Quote 3chanceno 19-10-2022 10:27 PM
Syabas abam polis

Banyak tu duit & muat pulak envelope tu  cam gini lah ada bukti warna & size envelope sebagai bukti rasuah  
kalau tulis kat ledger je & tak ambik gambar duit dlm luggage bag, susah nak percaya #luruspembaris
Quote CiliPadiSedap 20-10-2022 08:35 AM
rm90 kalau tambah rm 30k dh sama upah agent dropship
Quote nanasno 20-10-2022 09:51 AM
CiliPadiSedap replied at 20-10-2022 08:35 AM
rm90 kalau tambah rm 30k dh sama upah agent dropship

tak berbaloi agent dropship buat kerja tak clean untuk 120k ajerrr. patut mintak juta2.
Quote rosedemon 20-10-2022 10:13 AM
adan ukeeee

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035288 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top