PETALING JAYA – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menafikan pasangan suami isteri yang didakwa menjadi ejen keselamatan dan perisikan Israel (Mossad) ahli parti itu.
Jelas penyandang Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, kedua-dua mereka juga bukan anggota mana-mana Cabang PKR dan tiada kaitan dengan parti. Malah katanya, tindakan kedua-dua individu mengangkat bendera parti itu pada satu majlis pada 2018 juga adalah tindakan mereka sendiri dan tiada kaitan dengan PKR. “Saya sahkan bahawa dua individu tersebut, iaitu Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan, bukan anggota mana-mana Cabang KEADILAN (PKR) dan tiada kaitan dengan parti. “Berhubung gambar individu tersebut mengangkat bendera KEADILAN, atau gambar akaun Facebook dengan logo KEADILAN sekitar 2018, ia merupakan tindakan dan pilihan individu terbabit serta tidak ada kaitan sama sekali dengan parti,”katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini. Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pihaknya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas suspek dan membebaskan warga Palestin yang diculik dipercayai atas arahan Mossad, agensi keselamatan dan perisikan Israel. “Semua yang didapati bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa dua individu yang ditahan itu merupakan anggota PKR serta ada kaitan dengan parti. Individu-individu tersebut didakwa punyai hubungan dengan Mossad.-CARI Sumber: Kosmo
|
Orenn1 replied at 19-10-2022 04:55 PM
Herm ye ke agent mossad takut indah khabar dr rupa, cerita jah lebih padahal realiti takdelah sampai ...
ekod79 replied at 19-10-2022 08:56 AM
pols dh kuar sttmnt mana dtgnya ejen mossad, masih dlm siasatan.
CiliPadiSedap replied at 19-10-2022 05:10 PM
pung pang pung pang last2 agent dropship. tercekik mossad nama dia kena petik
axl_bach replied at 19-10-2022 05:11 PM
Mungkin agen dropship alatan kosmetik berjenama Mossadoushire yg dipendekkan jadi Mossad, who kno ...
ADVERTISEMENT