CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Campak 3 Ekor Kucing Milik Jiran Dari Tingkat 15 Rumah

19-10-2022 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2728| Komen: 31

Kuala Lumpur: Seorang lelaki tempatan ditahan semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan dan khianat terhadap haiwan dengan mencampakkan tiga ekor kucing dipercayai milik jirannya dari tingkat 15 di sebuah apartment di Jalan PJS 8/9, Petaling Jaya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Superintendan Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata penahanan suspek lelaki berusia 44 tahun itu berdasarkan laporan polis yang diterima pihaknya, pada Isnin (17 Oktober) lalu.


Gambar Hiasan

Beliau berkata laporan itu menyatakan suspek bertindak mencampakkan haiwan terbabit daripada tingkat kediamannya.

"Selain penahanan lelaki itu polis turut menemukan tiga ekor kucing yang tidak bernyawa bersamanya. Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kes ini dengan membuang kucing-kucing milik jirannya itu dari kediamannya dari tingkat 15," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata suspek kini direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 19-10-2022 03:47 PM
ni la masalah kalau bela kucing dlm apartment, xde kesedaran sivik, yg islam pulak x tahu hukum agama,
Quote jazaa100 19-10-2022 04:01 PM
Geram sangat le tu.....

Aku pun memang x blh dgn tahi kucing ni....
Quote ayukpingu 19-10-2022 04:05 PM
geram sangat dah tu
Quote Kitty_catz 19-10-2022 04:08 PM
Moga tuan & okt tu kote kecik

Yg tuan dah pandai bela tapi x reti jaga sampai buat port kat umah jiran

Hat jiran membunuh haiwan x berdosah.. lenkali campak tuan kucen tu sbb yg salah tuan kucen sbb dia je yg sepatotnya berakal
Quote imanjannah 19-10-2022 04:10 PM
walaupun aku x setuju langsung dgn tindakan dia campak kucing2 tu, tapi aku mmg marah sgt dgn owner kucing yg me nyusahkan org lain
Quote akies 19-10-2022 04:14 PM
dh tau duduk apartment tingkat 15,
Pegi bela kucing pula..
Pastu bersepah2 tk reti kurung..
Berak kencing merata..
Hurmm

Iols tk sokong tindakan lelaki tu campak kucing..
Quote _blackbird 19-10-2022 04:19 PM
mentari court? dari dulu mentari court tak pernah tak timbulkan masalah
Quote ifanonline 19-10-2022 04:27 PM
masalah kucing ni memang menjadi masalah besar kalau duduk berjiran...apetah lagi jiran yg dok bela anjing...elakkan dari membeli rumah yg berjiran dgn non-muslim
Quote aman4040 19-10-2022 04:42 PM
pada aku bela kucing ini satu feadah pun tak ada jadi hamba kucing adalah basuh berak kencing kucing hari2..bela hanjjing lebih bnyak feadah
Quote Lagubestbest 19-10-2022 05:24 PM
aman4040 replied at 19-10-2022 04:42 PM
pada aku bela kucing ini satu feadah pun tak ada jadi hamba kucing adalah basuh berak kencing kucing ...

kalau rumah landed, pekdah dia tikus ular squirrel tak datang dekat, cicak pun tak selamat, burung lagilah tak berani landing. tapi yelah kena la beri kawasan sikit tuk diorang membuang kalau tak merata2 la najis tu bertaburan.
Quote bakingsoda 19-10-2022 08:12 PM
Kitty_catz replied at 19-10-2022 04:08 PM
Moga tuan & okt tu kote kecik

Yg tuan dah pandai bela tapi x reti jaga sampai buat port kat umah ji ...

betul! geram dgn owner pegi lah tolak owner dr tingkat 15, ni kucing tak berakal lak dihukum bukannya dorang boleh tekan2 phone owner order sendiri litter dgn litterbox kat shopee
Quote lattehazelnut 19-10-2022 08:14 PM
Lagubestbest replied at 19-10-2022 05:24 PM
kalau rumah landed, pekdah dia tikus ular squirrel tak datang dekat, cicak pun tak selamat, burung ...

Hmm.. rumah mak i 6 ekor kucing ade je tikus siap beranak lg..
Quote edayildiz 19-10-2022 08:19 PM
jahatnyaa org melayu ke..
i pnh jmpa manusia kejam..dia buat kucing mcm bola..dh mati kot pakcik tu skrgg agaknya sbb i sekolah time tu..2006..dia dh 40an..
Quote LautBiru52 19-10-2022 08:27 PM
3 kena campak. 3 mati ada dgn dia. Bape ekor kucing jiran ni? Nampak sgt lepas bebas kucing2 tu semua. Harus la jiran mengamuk
Quote kakikuDibibirmu 19-10-2022 08:36 PM
Amenda ni?

54-3000-0 (1).jpg
Quote jalfa 19-10-2022 08:40 PM
X sokong campak kucing.patut campak tuan kucing. pbt kompaun jugak tuan kucing tu.hidup menyusahkan jiran
Quote Skuau 19-10-2022 08:46 PM
Samada Mentari Court atau Damai Apartment....
Quote Lagubestbest 19-10-2022 11:12 PM
Edited by Lagubestbest at 19-10-2022 11:29 PM
lattehazelnut replied at 19-10-2022 08:14 PM
Hmm.. rumah mak i 6 ekor kucing ade je tikus siap beranak lg..

uh rumah ni port gegadis (tak pernah bagi masuk rumah, sekadar lepak tido main2 atas rumput laman belakang rumah je) asalnya 3 ekor sekeluarga gitu. tapi lama2 tinggal 2 je. sekarang ada satu anak hasil dari seekor bapa (agaknya kena buang jiran mana ntah) muncul perhati family dia. kira 3 dewasa 1 kanak2. beri makan sekali sehari je so tetap kena memburu sendiri hari2. Alah stray cats je pun tapi jinak boleh amek usap2 semua. Sebab kita letak bekas air (sentiasa tukar bersih airnya)/ beri makan/ kalau sakit beri ubat so tak jalan jauh n pembersih le semua.
Quote rainbowrainz 20-10-2022 04:13 AM
Kebabiannya buat binatang mcm tu..Sila mereput

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050654 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top