New Delhi: Seorang lelaki di India diculik dan dipaksa berkahwin dengan remaja bawah umur, jika gagal membayar wang tebusan.
Suspek iaitu Sujata bersengkongkol bersama bapanya; dua abangnya, Kamlesh Singh dan Shaivesh Singh dan abang iparnya, Vijendra Kumar menculik dan memeras ugut mangsa, Ganesh Shankar. Shankar ialah Pengurus Kanan Google cawangan Bengaluru dan pernah berhubung dengan Sujata yang menetap di Bhopal semasa pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di IIM Shillong. Polis berkata, mangsa dibawa ke Bhopal dengan cara disembunyikan dalam gelap dan dipaksa minum
Ketika itu, Sujata dan keluarganya merakam beberapa gambar mangsa sebagai ugutan meminta wang tebusan bernilai 40 lakh (kira-kira RM229,500). Mereka turut mengancam mengaitkan Shankar dengan kes palsu, jika gagal membayar wang tuntutan itu. Jurucakap Balai Polis Kamla Nagar, Anil Kumar Vajpai berkata, usaha digerakkan bagi memburu empat suspek itu. Katanya, kes di siasat di bawah Seksyen 294, 323, 342, 384, 506 dan 34 Kanun Keseksaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Mooverine: https://de.linkedin.com/in/gan ...
Mooverine replied at 19-10-2022 02:35 PM
https://de.linkedin.com/in/ganeshshankar
ini ke si mangsa yg kena paksa kawin tu? Hensem jugak oran ...
Mooverine replied at 19-10-2022 02:35 PM
https://de.linkedin.com/in/ganeshshankar
ini ke si mangsa yg kena paksa kawin tu? Hensem jugak oran ...
Adrif replied at 19-10-2022 07:22 PM
mak datuk dia punya background. no wonder lah orang paksa jadi menantu, nak kaut duit
dulu aku se ...
Samerosie replied at 19-10-2022 08:50 PM
Eh tak ni. Mamat linkedin ni rasanya tak pernah pun jejak kaki ke banglore. Tengok uni dia NSW l ...
ADVERTISEMENT