Di Malaysia, orang Kelantan pasti akan disisihkan atas sebab-sebab tertentu, tak kiralah sama ada nak cari akwan atau cari jodoh.
Sama macam video tular baru-baru ini, seorang pelajar lelaki ini mendakwa disisihkan oleh rakan-rakannya yang lain ketika berada di dalam bas disebabkan dirinya orang 'Kelantan'. "Baru memperkenalkan diri sebagai orang Kelantan, ramai yang tiba-tiba senyap dan menjauh,"katanya. Menerusi video yang dimuat naik oleh @_.mecaomel di TikToknya, pelajar dari negeri tersebut sering 'dipulaukan' oleh rakan-rakannya kerana golongan mereka sering dilabelkan sebagai red flag.
Katanya tanggapan sebegitu mampu membuatkan mereka berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat. "Pahtu kalu kito duk sek sek kito sajo, yo kato kito puok,"kata seorang netizen. Di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberi nasihat dan berkongsi pengalaman. Mereka kata jagan disebabkan perangai sesetengah yang buruk, habis semua orang Kelantan dilabel bukan-bukan. -CARI |
azimodin replied at 19-10-2022 01:33 PM
Tapi masa aku kat u cam terbalik.. geng2 sskjp especially yg lelaki akan berkumpul beramai2 asal ada ...
adeqbun replied at 19-10-2022 01:34 PM
ke ko yg xnak duduk ngan org dr tmpt lain..cube tnya balik diri sndri dlu
ADVERTISEMENT