CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja Main Video Game Je, Boleh Raih Pendapatan Sampai RM600 Ribu

19-10-2022 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1966| Komen: 14

Shah Alam: Niat asalnya mahu menghiburkan orang dengan keletahnya namun pengaruh sebagai Youtuber dan penyedia kandungan permainan video di Tik Tok nyata membuka pintu rezeki tidak dijangka buat Muhd Rezza Rosly atau dikenali sebagai Rezzadude.


Ini kerana lelaki yang mesra disapa Rezza, 26, itu berpeluang meraih RM600,000 sejak tujuh tahun aktif sebagai penyedia kandungan permainan video.

Rezza yang juga pemegang Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari Universiti Selangor (Unisel) tidak pernah menyangka percubaannya membuahkan hasil, hanya bersandarkan kepada minat dan pengetahuan dalam permainan video dan kepetahan bercakap di hadapan kamera.


Rezza, Foto: Harian Metro


"Sebelum kenal dunia game, saya minat melukis dan sukakannya kerana abah langgan pakej rancangan kartun.

"Bagaimanapun, minat terhadap permainan video tercetus selepas pergi ke rumah sepupu dan melihatnya bermain konsol.

"Seminggu kemudian, abah beri kejutan dengan membelikan saya konsol PlayStation 1, dan sejak itu saya mula teroka sendiri," katanya.

Rezza berkata, dia bermula menjadi penyedia kandungan pada 2015 apabila tertarik mencuba selepas menonton video perkongsian Youtuber Sweden, PewDiePie.

"Inspirasi saya adalah PewDiePie kerana dia adalah Youtuber permainan video nombor satu, jadi saya mahu ikut jejak langkahnya dengan membuat kandungan sama dalam versi tempatan.

"Niat asal adalah untuk buat vlog, tetapi terbantut kerana tiada kamera menyebabkan saya memberi fokus di Youtube.

"Jujurnya saya tidak tahu menjadi Youtuber boleh menjana pendapatan kerana ingat hanya untuk suka-suka saja sehingga diberitahu rakan yang lebih arif.

"Alhamdulillah, saya diterima baik hingga pernah tular dan gembira apabila dapat membuka mata masyarakat yang sebenarnya ramai streamer di negara ini," katanya.

Berkongsi mengenai pendapatan diterima, Rezza berkata, dia bersyukur kerana rezekinya sentiasa ada daripada awal pembabitan sehingga kini.

Lebih menggembirakan apabila dia dapat membeli kereta idaman iaitu Mercedez AMG hasil pendapatannya sebagai penyedia kandungan.

"Pendapatan saya tidak menentu tetapi kebiasaannya lebih RM2,000 sebulan. Ia hasil kerjasama dengan Youtube dan kempen. Hasil pendapatan itu saya guna untuk beli konsol serta permainan video terbaru, malah sanggup menghabiskan ribuan ringgit.

"Selebihnya saya guna untuk meringankan beban keluarga. Keluarga menyokong dan ikutkan, saya ada perancangan lebih besar iaitu membuka sebuah kafe bertemakan permainan video selain menubuhkan pasukan e-sukan, sama ada sebagai jurulatih atau ada di dalamnya (pasukan)," katanya.

Pendapatan mampu cecah 5 angka

Shah Alam: Usia Syahmi Hafiy Shahrul Zaman baru mencecah 24 tahun, namun meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka dengan menjadi streamer dan Youtuber yang mengetengahkan kandungan permainan video.

Anak bongsu daripada tiga beradik yang dikenali sebagai Oohami dalam kalangan pengikutnya berkata, dia tidak pernah memasang impian untuk menjadi streamer sebagai kerjaya tetap.

Bagaimanapun, katanya, minat, sokongan pengikut dan pulangan diterima mendorongnya untuk terus menjadi streamer dan Youtuber sepenuh masa.

"Sebenarnya, sejak berusia lima tahun lagi, saya suka main permainan video dan terus bermain sampai memasuki sekolah rendah.

"Cuma pada awalnya secara offline (luar talian), tetapi terjebak dengan permainan video dalam talian (online) selepas diperkenalkan rakan sekitar 2011.

"Saya main macam biasa tetapi selepas tamat sekolah baru terfikir membuka saluran Youtube dan memuat naik video. Permulaannya pada 2016 untuk suka-suka," katanya.

Bagi Oohami, kepuasan buat dirinya apabila dapat bermain permainan video dan tidak sangka Youtube membuka jalan untuknya menjana pendapatan yang banyak.

"Keluarga awalnya tidak suka kerana tidak nampak hala tuju saya sehingga membuatkan mereka marah. Saya akui apa dikatakan itu betul kerana pada tahun pertama, saya sendiri tak nampak hasilnya.

"Selepas setahun iaitu pada Februari 2017, baru saya dapat pendapatan pertama daripada Youtube AS$800 (RM3,771).

"Sejak itu, keluarga mula sedar dan saya juga dapat membuktikan bahawa menjadi streamer dan Youtuber boleh mendatangkan hasil," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 19-10-2022 12:41 PM
Bagus bapak dia support... jarang2 dgr cerita mcm ni... sbb suka cartoon abah dia langgan channel kartun.. sbb suka game konsol, abah nya beli PS1.
Quote _kelly 19-10-2022 01:01 PM
bagus parents support tapi rezza cakap pendapatan lebih kurang 2k sebulan tp beli merc amg..akak salah baca ke
Quote dudaberhias 19-10-2022 01:07 PM
untuk orang malaysia ni kira dah banyak dah ni...
tapi yang US punya youtuber punya dengan indonesia lagi lah berbelas2 ribu dan hinggga puluh2 ribu... ada youtuber dewasa tapi dia stream game budak2 tu pun boleh donate 50 ribu untuk video game punya charity...

setiap negara di bayar lain2 ye... yang paling untung sepanyol dengan amerika sebab market lagi besar...
Quote Simunggu 19-10-2022 03:03 PM
main game mcm judi..yg menang dapat RM600K, yg hilang duit 600,000 org...
Quote KamikuP 19-10-2022 03:47 PM
Kalau buat cara2 main candy crush kat youtube ada ke org nak tengok? Meolss dah stage 9,000 dah
Quote vespa_oren 19-10-2022 03:58 PM
dulu aku minat betul it nie beli majalah gempak, ps2, gameboy, tapi sbb salah pilih bidang pas spm terkubur terus
nasib sekarang it makin penting dlm kerjaya tapi faktor usia, aku bgi yg muda2 jelah
Quote ninja9 19-10-2022 07:02 PM
_kelly replied at 19-10-2022 01:01 PM
bagus parents support tapi rezza cakap pendapatan lebih kurang 2k sebulan tp beli merc amg..akak sal ...

pendapatan tak menentu... mencecah lebih 5 angka pun pernah

Quote matamata 19-10-2022 07:12 PM
Yg kita dengar cuma bab lima angka tu je... Part jerih payah mamat ni jarang2 kita nak amik tau, tu belim kira talent dia lagi
7 thn tu jangkamasa lama tu
Quote Adrif 19-10-2022 07:40 PM
matamata replied at 19-10-2022 07:12 PM
Yg kita dengar cuma bab lima angka tu je... Part jerih payah mamat ni jarang2 kita nak amik tau, tu  ...

betul. kawan aku stream game jugak. sejak tahun 2016.. 6 tahun, nak masuk 7 tahun jugak

dia siang kerja lain, malam dia stream game, buat content youtube, as side income. hari2 lepas balik kerja, stream dari pukul 8 - 11 malam. rushing balik kerja, makan malam, lepas tu dia siap2, make up sikit muka, start streaming. payah woo even nak dapatkan 5 orang viewers.

dia tau dia tak mahir edit video. siap upah orang edit video2 dia untuk dijadikan youtube content. jadikan kelakar dan seiring zaman.

sekarang ni dia dah slow down.. 7 tahun tapi tak nampak progress, dia macam nak quit dah jadi streamer. kesian jugak tengok

kos starting dia beli gaming pc, microfon, camera, video games, konsol, etc, beribu kot habis.
Quote Adrif 19-10-2022 07:42 PM
vespa_oren replied at 19-10-2022 03:58 PM
dulu aku minat betul it nie beli majalah gempak, ps2, gameboy, tapi sbb salah pilih bidang pas spm t ...

aku menimbun majalah gempak dalam rumah ni. sayang woo nak buang/ jual. kipas susah mati sejak isu pertama lagi, tahun 1999 ke tahun 2000 waktu tu. yang aku rengsa, isu terakhir aku tak dapat beli, kedai buku depan rumah aku dah tak jual. isu terakhir Utopia aku sempat beli, Gempak tak sempat beli.sampai sekarang aku cari isu terakhir nak baca. shoppee, carousel, semua aku godek. gigih dak
Quote makiting 19-10-2022 07:57 PM
Mmg set2 gaming yg baik ni agak mahal.. nak stream2 lagikk.. mak layan kan la jugak impian anak nak jd streamer.. abis beli set pc dh belas riban.. rugi pulak skrg rasa..fikir2 baik jual dapat gak duit;
Quote vespa_oren 19-10-2022 08:36 PM
Adrif replied at 19-10-2022 07:42 PM
aku menimbun majalah gempak dalam rumah ni. sayang woo nak buang/ jual. kipas susah mati sejak isu ...

kakak aku siap beli kreko lagi, siap dia beli cd/dvd anime, dia siap ada pc letak dalam bilik lagi nk tgk anime
dan di usia 40an xthu lagi dia masih layan ke tidak, tapi still suka berkurung dalam bilik
aku lak dah tinggalkan semua tu, paling teruk pun layan game di ipad tu pun dh delete sbb banyak masa terbuang
Quote rosedemon 20-10-2022 10:01 AM
ok ibu2 jgn marah je kalau anak men game kihkih
Quote dekmieDandy 20-10-2022 10:03 AM
dia ni memang famous dari zaman vine kan

lagi sorang viners yang famous dulu-dulu dah jadi steramers adibalex kot

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.063754 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top