CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Rasa Malu, Lelaki Selamba Spin Mesin Judi Semasa Hadiri Majlis Keagamaan

19-10-2022 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1471| Komen: 5

Tiada perasaan hormat dan malu apabila berada dalam majlis keagamaan.

Itu antara komen yang dilontarkan netizen apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang selamba bermain mesin judi ketika menghadiri sebuah majlis agama.


Klip video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @fazil_kechik dan kelihatan dalam video itu terdapat ramai hadirin bersama lelaki itu.


Foto: Kosmo

Difahamkan klip video tersebut dirakam sewaktu jemaah sedang menunggu kehadiran penceramah bagi sebuah Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.


Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana tidak menghormati majlis keagamaan yang dihadirinya.



“Malulah sikit pada majlis agama pun nak main judi, mana rasa hormat anda, tunggulah balik rumah dahulu kalau nak ‘spin’ pun,” @aimanjacky.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @rjwan.

“Mungkin dia fikir ‘spin’ kat majlis ilmu akan dapat rezeki melimpah. Jangan sampai datang malaikat cabut nyawa, harap bertaubat,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-10-2022 12:10 PM
Mesti pakcik tu salah sorang yg taksub maula
Quote swimswim 19-10-2022 02:02 PM
Myb game je, tak melibatkan duit
Quote Simunggu 19-10-2022 02:51 PM
di Indon ya?
Quote ayukpingu 19-10-2022 04:21 PM
mengelak dari mengantuk ke
Quote rosedemon 20-10-2022 10:00 AM
husnuzon mungkin itu iklan je.sb kdg2 kau kte bukak wbsite kan ada muncul iklan2 mnempel mcm ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045572 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top