CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nuha Dan Naufal Cipta Fenomena Luar Biasa, Melly Goeslow Pun Bagi Restu

19-10-2022 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3901| Komen: 31

Lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin telah mencipta fenomena luar biasa bukan sahaja di Malaysia, bahkan menular sehingga ke Indonesia.

Keunikan lagu tersebut sekali gus berjaya menempatkan kedudukan di posisi teratas carta dalam beberapa platform muzik digital di negara tersebut.

Foto: IG

Rentetan daripada kejayaan yang diraih, nama Nuha dan Naufal semakin menjadi sebutan dengan meraih populariti yang cukup luar biasa.

Tidak hanya menjadi perhatian dalam kalangan peminat tempatan, Nuha dan Naufal cukup berbangga apabila dapat memenangi hati peminat mereka dari Indonesia.



Tidak mahu menunggu lama, terbaharu Nuha dan Naufal mengorak langkah apabila diberi peluang untuk merakamkan semula lagu, Jika sebuah karya ikonik nyanyian penghibur juga komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Lebih menarik, lagu yang sudah berusia 23 tahun itu telah dinyanyikan dalam dwi bahasa iaitu Melayu dan Arab.

Ujar Nuha atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin, 22, berkata, sokongan peminat dari dua negara adalah peluang terbaik buat dirinya untuk terus melangkah jauh dalam bidang nyanyian.



“Sebagai artis baharu dalam industri muzik, mendapat sokongan daripada orang Malaysia dan Indonesia begini adalah satu peluang serta rezeki besar yang Allah SWT berikan kepada saya.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah bagi untuk saya dan Naufal. Sebenarnya memang tak sangka tapi ini adalah perkara yang saya impikan dan saya dapat capai,” katanya.

Tambahnya, peluang merakamkan semula lagu ciptaan penyanyi dan komposer tersohor itu juga sebagai satu impian yang sudah lama diidamkan selama ini.



“Impian saya akhirnya dipenuhi untuk menyanyikan semula karya Melly Goeslaw. Dia seorang yang sangat berbakat dalam industri muzik Indonesia. Malah dia juga sangat dikenali di Malaysia.

“Saya membesar dengan lagu-lagunya. Seperti tidak percaya apabila Melly menyokong saya dan juga Naufal untuk merakamkan semula lagu Jika ini,” jelasnya.

Sementara itu, Naufal, 23, pula berkata, peluang merakamkan lagu Jika di Indonesia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.



“Pengalaman saya semasa merakamkan lagu Jika ini agak letih sedikit sebab pada hari itu kami ada empat persembahan di saluran televisyen Indonesia.

“Selepas itu, kami terus ke studio untuk merakamkan lagu.

“Rakaman selesai kira-kira pada pukul tiga pagi. Jadi perasaannya memang penat dan mencabar.

“Alhamdulillah berkat kesabaran semua, prosesnya berjalan dengan lancar,” katanya.

Pengarah Beegood Music, Amir Arshad berkata, pihaknya memilih lagu Jika kerana karya tersebut masih lagi mendapat tempat di hati pendengar dan kekal menjadi siulan walaupun telah berubah zaman.



“Lagu Jika memang ‘evergreen’ dan sedap didengari. Melly Goeslaw merupakan seorang penyanyi legenda di Indonesia dengan karya-karya hebat,” kata Amir.

Ujar Amir lagi, Melly sudah dimaklumkan tentang projek yang dijalankan itu dan memuji hasil rakaman versi baharu Jika.

“Melly sudah dimaklumkan lebih awal mengenai projek ini sebab kita nak mendapatkan ‘rights’ dan izin daripada pihak Melly. Dia juga sudah mendengar versi ini sebelum dilancarkan lagi.

“Alhamdulillah, Melly sangat suka dan memuji hasilnya. Malah dia juga sudi membantu untuk mempromosikan lagu ini dalam Instagram miliknya,” kata Amir. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 12-10-2022 12:54 AM
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Jika memang masih bisa mulutku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
'Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan 'tuk kembali

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Jika memang masih bisa mulutku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
'Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan 'tuk kembali

Jika memang masih bisa mulutku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
'Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan 'tuk kembali



Jika memang masih bisa mulutku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
'Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan 'tuk kembali




Quote fadz84 12-10-2022 02:18 AM
Biasa je versi arab nuha & naufal ni..
Quote Perawankota 12-10-2022 03:49 AM
Pastu kenapa suara mcm machine
Quote Raline 12-10-2022 09:49 AM
aikk xda org MINAT dia ekk??
Quote nawtylulu 12-10-2022 11:50 AM
stress haku dgr lagu2 remake ni.. kekadang da feeling dgr kt radio ingt lgu ori, skali remake. sodih..
Quote Raline 12-10-2022 07:29 PM

MELLY Goeslaw menghargai usaha pengkarya tempatan yang memberi nafas baharu untuk lagu nyanyiannya seperti dilakukan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin menerusi lagu Jika.

Melly Goeslaw puji suntikan nafas baharu lagu Jika

PETALING JAYA – Biarpun sering menerima kecaman kerana kemampuan mereka menyanyi secara langsung dipertikai, namun pasangan duet Nuha Bahrin dan Naufal Azrin menerima pujian daripada bintang terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Pujian Melly merujuk terhadap video muzik nyanyian semula lagu popular Jika yang diberi nafas baharu kerana disampaikan dalam bahasa Arab.

“Terima kasih kerana memainkan lagu saya dan menjadikannya lebih baik. Saya berharap Jika versi kamu berdua dapat mencipta sejarah industri muzik.

“Meskipun usia lagu ini sudah 23 tahun, namun Nuha dan Naufal berjaya memberikan nafas baharu kepada lagu ini,” ujar penyanyi lagu Ada Apa dengan Cinta itu.

Pada masa sama, Melly turut menghargai hasil usaha pengkarya-pengkarya Malaysia dan tidak sabar untuk kembali beraksi di sini kelak.

Sementara itu, Nuha dan Naufal tidak melepaskan peluang mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Melly usai lagu tersebut diluncurkan pada minggu lepas.

Video tersebut setakat ini sudah meraih lebih 467,000 jumlah tontonan dalam YouTube Alfarecords.

Lebih manis, lagu berkenaan turut menduduki tangga ketiga carta Youtube Indonesia.

Lagu Jika merupakan nyanyian Melly yang dilancarkan pada 2006 berduet bersama Ari Lasso.

Terdahulu, Nuha dan Naufal mencipta fenomena apabila lagu duet pertama mereka, Casablanca meraih perhatian luar biasa peminat dan trending dalam TikTok sehingga ke luar negara. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... s-baharu-lagu-jika/

Quote insyi81 12-10-2022 08:35 PM
selain ana meqen, dia org ni penah masuk rancangn tv indonesia - Brownies TV ke apa..oklah tu sampai ke Indonesia jgk..haha
Quote PuanAbby 12-10-2022 08:49 PM
Setakat ni yg remake cuma amir masdi ja sedap. Lagu ella tu
Quote queae 12-10-2022 09:23 PM
sorry but tak sedap, entah macam mana Nuha ni sedap nyanyi arab je ????
Quote esbok 12-10-2022 10:28 PM
PuanAbby replied at 12-10-2022 08:49 PM
Setakat ni yg remake cuma amir masdi ja sedap. Lagu ella tu

suara mamat ni memang sedap didengar di telinga
Quote intan244 12-10-2022 11:34 PM
Edited by intan244 at 14-10-2022 09:19 AM

best sbb iols fan Naufal. suara sedap, comel, kelakar, soleh, syg mak. perfect idol. lagu qasidah dia masa kanak2x Ya Badratim tu 43mil play kat yt hokey. ada fanclub x, nak join. kalau belum ada iols nak jadi pengerusi hehe.
Quote Acikgomen 12-10-2022 11:40 PM
intan244 replied at 12-10-2022 11:34 PM
best sbb iols fan Naufal. suara sedap, comel, hafiz, soleh, syg mak. idola sgt. lagu dia masa kanak2 ...

Naufal tu takpe lagi, yg merengsakan ialah si nuha tu haaaaa
Kat studio je sora heshe ok
Skali bila live, mula la heshe buat hal syok sendiri tukar2 key terus haukkkkkkk
Quote mawardia 12-10-2022 11:50 PM
Budak berdua yinni memang fluent bahasa ereb?
Quote chanthik 13-10-2022 12:39 AM
I tak suka melayu fefeeling yereb semua benda nak diyerebkan

Sesuailah lagu ni dengan spesies tak ada jati diri
Quote ninjago 13-10-2022 04:46 AM
nuha adik loca b ke? muka sama.

tak minat betul tgk dia nyanyi. seksa naw
Quote DeLuna85 13-10-2022 06:51 AM
Aku bukan tak suka Nuha ni tapi aku terhibur setiap kali tgk dia walaupun cuma gambar. Ntah kenapa
Quote tenggiripink 14-10-2022 10:01 AM
iols okay je dengan naufal tu tapi nuha ni i kensel je yihhh over
Quote Nnasda53 14-10-2022 10:05 AM
Naufal ok lagi suara dia.
Tapi si Nuha ni suara tercekik air liur je kalau dengar dia live mmg hauk la.
Quote jejaka_hensem 14-10-2022 10:10 AM
Iols is terganggu tengok si laki tu yg mulut asyik ternganga je.geli nak layan vc dorang

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043202 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top