CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Australia Batal Iktiraf Baitulmuqaddis Sebagai Ibu Kota Israel

19-10-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 942| Komen: 2

CANBERRA – Australia mengumumkan semalam bahawa Canberra tidak lagi mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu kota Israel sekali gus membatalkan keputusan kontroversi yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.


Menteri Luar, Penny Wong berkata, status kota Baitulmuqaddis harus diputuskan melalui rundingan damai antara Israel dan Palestin, dan bukannya melalui keputusan unilateral (satu pihak).


Foto: AFP

“Kami tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan prinsip penyelesaian dua negara,” katanya, sambil menambah, kedutaan Australia sentiasa berada dan kekal di Tel Aviv.
 

Kerajaan konservatif pimpinan Perdana Menteri, Scott Morrison berdepan kecaman meluas di dalam negara berhubung keputusan beliau mengikuti langkah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menamakan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel pada 2018.

“Saya tahu langkah tersebut menyebabkan konflik dalam sebahagian masyarakat Australia, dan hari ini kerajaan berusaha untuk menyelesaikannya,” kata Penny.

Keputusan pada 2018 itu juga mencetuskan kekecohan antara Australia dan negara jirannya. Perjanjian perdagangan dua hala antara Jakarta dan Canberra tergendala buat sementara waktu susulan tindakan Morrison.

Kota Baitulmaqdis dituntut oleh kedua-dua Israel dan Palestin.

Kebanyakan negara asing mengelak daripada menempatkan kedutaan di Baitulmuqaddis kerana bimbang akan menjejaskan rundingan damai mengenai status akhir kota bersejarah  itu.

Israel menawan  Baitulmuqaddis Timur Arab dalam perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian merampasnya. Rejim Zionis mengisytiharkan seluruh kota itu sebagai “ibu kota (Israel) yang kekal dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.”

Rakyat Palestin menuntut Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin di masa hadapan.

Penny menyatakan bahawa pembatalan pengiktirafan oleh Australia itu  tidak menandakan sebarang permusuhan terhadap Israel.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-10-2022 10:00 AM
laknat ke atas mu israel
Quote ifanonline 20-10-2022 10:02 AM
pendekatan yg baik dr aussie, kena selesai jua 2 nation state ni...punca pergolakan dunia adalah dr Israel-Palestine conflict...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033032 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top