CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sakit Mental Nyaris Rentung Rumah Terbakar

19-10-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 799| Komen: 1

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental nyaris rentung apabila kediamannya di Batu 7, Tanjong Karang di sini, musnah terbakar malam tadi.


Kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 47 tahun dipercayai bersendirian di rumah tersebut dan berjaya keluar menyelamatkan diri.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 14 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dan Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.49 malam.


Foto: Kosmo

“Setibanya di lokasi, api didapati sedang marak memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit dan melibatkan 90 peratus kemusnahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, ketika kejadian abang mangsa yang berusia 49 tahun dipercayai tiada di rumah tersebut.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian dapur dan disedari jiran berdekatan.

“Punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-10-2022 09:59 AM
nasib baik ko x tbakar. umur pnjang lagi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.083301 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top