CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Hamil Serentak, Dua-Dua Dapat Bayi Kembar

19-10-2022 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 995| Komen: 3

Suratan atau kebetulan? Mungkin itulah yang dapat menggambarkan situasi di mana dua beradik perempuan hamil hampir serentak dan melahirkan bayi kembar seiras.

Megan O'Brien, 29, melahirkan Lilah dan Josie pada 21 November tahun lalu manakala kakaknya, Sara Seyler, 32, melahirkan Lennon dan Parker selang tiga bulan kemudian di Doylestown, Pennsylvania, di Amerika Syarikat.

Menurut Sara, dia pada mulanya gementar untuk memberitahu Megan mengenai berita kehamilannya kerana tidak mahu 'mencuri perhatian' keluarga mereka memandangkan Megan hamil terlebih dahulu.


Foto: SWNS

Megan yang sebelum itu sudah mengetahui mengenai kandungan kembarnya, terkesima apabila Sara memaklumkan berita kehamilan dirinya.

"Saya menjawab panggilan Sara di FaceTime dan dia menangis. Saya bertanya 'Oh Tuhan, apa yang berlaku?'

"Kemudian, dia (Sara) memegang gambar ultrasound yang menunjukkan dua kantung bayi. Saya menitiskan air mata, rasa gembira dia juga bakal punyai anak kembar," ujarnya.

Dua beradik itu berkongsi banyak perkara dan gembira menjalani proses kehamilan bersama-sama.

Bagi Sara dan Megan, kehadiran empat bayi kembar dalam jarak waktu yang dekat menambah seri dalam keluarga besar mereka. - CARI

Sumber: mStar Online/Metro.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 19-10-2022 12:15 PM
Seronoknya ada anak kembar.
Quote KamikuP 19-10-2022 03:58 PM
Saapa ada gen kembar depa ke atau laki masing2?
Quote rosedemon 20-10-2022 09:59 AM
takdir dan rejekii sonoknya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.384031 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top