Kemalangan menyayat hati yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran Sedenak baru-baru ini menimbulkan rasa pilu orang ramai selepas tular video seorang suami yang merintih sayu melihat isterinya berada dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.
Terkini, pendakwah bebas, Ebit Lew membuat perkongsian di media sosial yang hadir menziarahi suami, ibu bapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah. “Sebak rasa ziarah suami, ibu bapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru-baru ini. Arwah dan keluarga baru seminggu balik Umrah dan menziarahi Nabi Muhammad SAW,” tulis Ebit.
Ebit meluahkan rasa sebak selepas keluarga arwah berkongsi amalan arwah Nurul Nazihah yang sangat menjaga solat sejak remaja sehinggalah ke alam perkahwinan.
|
makadek replied at 19-10-2022 11:24 AM
Tak nk jmpa cg fadli ke
ADVERTISEMENT