CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Syok Sendiri- Terima Anugerah Ikon, Shiha Zikir Tanya Penganjur Sebab Pemilihannya

19-10-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1374| Komen: 8

Usaha dan pengorbanan penyanyi Shiha Zikir dalam bidang seni akhirnya mendapat pengiktirafan apabila menerima anugerah Brand Prestigious Women CEO in Entertainment Industry di The IKON Awards 2022 yang berlangsung pada malam Selasa.


Meskipun gembira dengan anugerah tersebut Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 35, bagaimanapun tetap mengambil langkah dengan bertanya kepada pihak penganjur mengenai pemilihannya kerana enggan dilabel syok sendiri.

Foto: IG

"Sekiranya saya dapat sebarang pengiktirafan, saya kebiasaannya akan bertanya terlebih dahulu mengapa saya dipilih.

"Bukan apa, saya kalau boleh mahu terima pengiktirafan yang benar-benar saya dihargai dan bukannya sekadar syok sendiri," katanya kepada mStar.




Shiha berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pemilihan Shiha ada berdasarkan usahanya sebagai selebriti versatil selain mempunyai syarikat pengurusan yang memfokuskan kepada dunia hiburan dan pencarian bakat baharu.

Dalam pada itu, bercakap mengenai syarikat tersebut, Shiha menjelaskan sebelum ini perkara itu tidak pernah dimaklumkan secara terbuka kerana merasakan belum tiba masanya dia berbuat demikian.



Pengiktirafan itu bagaimanapun membuatkan dia lebih bersemangat untuk memberi lebih fokus kepada bidang perniagaan selepas ini.

"Mungkin ramai tak tahu saya sebenarnya mempunyai syarikat yang menguruskan pelbagai aktiviti dunia hiburan seperti pengurusan acara, mencari penyanyi untuk klien dan sebagainya.

"Kemenangan yang diterima ini membuatkan saya rasa sudah tiba masa sesuai untuk peminat tahu bahawa selain menyanyi, saya juga ada perniagaan sendiri," jelasnya.



Sementara itu, Shiha berkata, dia juga memasang impian untuk mencari bakat baharu untuk bernaung di bawah syarikat pengurusannya pada masa akan datang.

Shiha memberitahu dia ingin mencari bakat yang bukan sahaja mempunyai vokal enak tetapi ada semangat juang dan bukan sekadar mengejar populariti.



"Saya lihat ramai bakat-bakat baru yang ada terutamanya di TikTok. Saya tidak mahu mereka mensia-siakan bakat yang ada.

"Saya mencari seseorang yang mempunyai kecekalan hati. Kalau mereka hanya ingin popular, saya tidak boleh menjanjikannya kerana populariti itu adalah rezeki," tambahnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 19-10-2022 11:54 AM
ikon tiktok ke
Quote Kurex 19-10-2022 12:43 PM
Ni anugerah majlis keramaian mana ni? Siti lizah selalu jua dapat anugerah syok sendiri level2 majlis keramaian ni
Quote Perawankota 19-10-2022 05:07 PM
Kang bila netizen pertikai ckp award sampah, sentap pulop.
Quote I.K.A888990 19-10-2022 07:53 PM
hmmm mmg bagus ke dia ni
aritu mng apa yg popular bagai. susah nk percaya tapi dah rezeki.kan
Quote kakigojes 19-10-2022 08:12 PM
Lebih tertarik dengan bilangan likes dan bilangan followers
Quote bedahmenjuyah 19-10-2022 08:18 PM
Buat kat hyatt tu. Besar bajet. Ke kena beli baru dpt award? So boleh la bajet besar. Sapa lg menang?
Quote cikperiukkera 19-10-2022 08:20 PM
Lately dia ni mcm tiba2 je menang mcm2 tp produk x seberapa..
Quote rosedemon 20-10-2022 10:15 AM
mmg wajib dipersoal smbangan ko apa nyah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.059141 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top