CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Usik Barang Airis Sampai Saya Tutup Mata,"-Genap Setahun, Bapa Kenang Anak Maut Jatuh Hotel Tanjung Bungah

19-10-2022 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7052| Komen: 58

Sungai Petani: Hari ini, genap setahun pemergian Nur Airis Hafeeya Faizal yang meninggal dunia akibat terjatuh dari sebuah hotel di Tanjung Bungah, Georgetown, Pulau Pinang.


Meskipun sudah lama berlalu, Nur Airis Hafeeya masih dalam ingatan keluarga terutama ibu, Siti Norra Salleh, 45, dan bapa, Faizal Husain, 45.

Bercerita lanjut, Faizal yang menetap di Taman Bandar Perdana, di sini berkata, dia dan isteri amat sukar melupakan anak bongsu mereka itu dengan mudah.


Foto:Harian Metro

Disebabkan itu, Faizal dan isteri tidak pernah ketinggalan menziarahi pusara anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin, di sini, setiap hujung minggu daripada awal pemergiannya hingga kini.


"Boleh dikatakan setiap Sabtu dan Ahad, saya serta isteri akan ke pusara anak.

"Kami sentiasa terkenangkan arwah setiap kali lihat gambar atau hendak pergi makan-makan.

"Ketiadaannya juga menyebabkan kami sekeluarga tiada 'mood' untuk bercuti seperti dulu kerana macam tak lengkap pergi tanpanya (Nur Airis Hafeeya)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Faizal, sehingga kini, masih ada jiran yang bertanyakan isteri perihal anaknya.

"Ada yang baru tahu Nur Airis Hafeeya sudah tiada dan tidak kurang juga yang menghantar mesej kepada isteri kerana teringat anak.

"Mungkin ramai teringatkannya kerana keletah dan sikap arwah yang peramah.

"Ikutkan saya dan isteri lagi terkesan namun kami sudah lepaskan dengan ikhlas.

"Cuma, barang milik arwah seperti gambar, beg sekolah, baju, basikal dan kasut depan rumah tidak terusik jadi rasa macam dia ada saja dengan kami.

"Saya juga cakap dekat anak jangan usik barang itu sampai saya tutup mata," katanya.

Bercerita lanjut, Faizal berkata, dia pernah tiga kali termimpi Nur Airis Hafeeya sejak pemergian anaknya itu.

"Mimpi pertama saya nampak arwah bermain di padang, saya ajak dia balik tetapi dia kata nak main.

"Kali kedua (mimpi) enam bulan lalu, saya terserempak dengan arwah lalu di bendang, dia senyum kemudian hilang dan baru-baru ini ada mimpi lagi.

"Lebih membuatkan saya terkenangkan anak adalah apabila melihat ada mural kanak-kanak perempuan di Batu Kawan yang wajahnya mirip arwah. Sudah lama ada dan masih ada sehingga kini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 19-10-2022 10:50 AM
KESIANNYEE
Quote minguk 19-10-2022 11:00 AM
sabarlah tuan
Quote cmf_PariS 19-10-2022 11:04 AM
mmg makan dlm... kalau tk kuat iman boleh  mental mak pak.. aku pun tk sanggup bayangkan.. semoga kuat dan tabah ya mak ayahnya
Quote Samerosie 19-10-2022 11:26 AM
Teringat-teringat lah juga tapi anak2 yg masih hidup jgn abaikan.  When my youngest brother died masa umur 11 tahun, arwah my father macam ni lah.  Kitarang tak boleh buat apa2 dalam rumah cos everything reminded him of the son.  Tak boleh buka radio, tak boleh buka tv, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, sampai kitarang kemurungan sebab semua nya about the dead brother.  After berbulan2 tak tahan dah, I told my father off.  Yg kitarang anak2 yg masih hidup ni macamana?  takan selamanya nak hidup macam orang dah mati.  After a while baru dia reda and terima.
Quote noor2 19-10-2022 11:28 AM
Setahun...baru sgt
Quote Suchi 19-10-2022 11:31 AM
Kisah kematian iris ni tak silap misteri kan?
Dah byk kematian kat hotel tu, masalahnya hotel tu pun kerap tukar nama.
Kena hati2 iols mmg dah ban dah kalau nak pi penang rela akan pi hard rock je tak berani nk g area tanjung bugah ni sbb takut amik hotel misteri tu plak.
Quote chandrahusin 19-10-2022 11:33 AM
Argh sedih betul
Quote imanjannah 19-10-2022 11:33 AM
mmg sedih sgt, anak kawan meninggal last year, umur 10 tahun sebb kanser, setiap kali lalu trobek kenangan di fb, mesti ngalir airmata aku, apatah lagi ibu bapa yg mengalami ni
Quote Suchi 19-10-2022 11:34 AM
Samerosie replied at 19-10-2022 11:26 AM
Teringat-teringat lah juga tapi anak2 yg masih hidup jgn abaikan.  When my youngest brother died mas ...

Harap ayah iris ni redho sian gak anak2 lain, tak silap iris ni satu2nya anak pompuan dia. Dah laa tetiba je kejadian tu.
Kalau baca dia share kat tiktok dulu boleh meremang gaklaah.
Iols leh dapat rasakan kesedihan tu nak pi bercuti pun gamaknya takde mood dah, anak2 laah yg menceriakan suasana kalau dah takde mmg terasa sgt.
Quote sukacactus 19-10-2022 12:17 PM
Suchi replied at 19-10-2022 11:31 AM
Kisah kematian iris ni tak silap misteri kan?
Dah byk kematian kat hotel tu, masalahnya hotel tu pun ...

Boleh share x nama hotel tu
Quote she 19-10-2022 12:25 PM
Takziah

Sebab tu kita ibu2
Lebih rela kita mati dulu sebelum anak
Semoga panjang umur anak2 kita semua
Quote makita 19-10-2022 12:40 PM
Meols ada kwn ayah dia ninggal masa umo 6 tahun. Kakak yang sulong masa tu 18 tahun. Ada kakak n abg masih sekolah menengah masa tu. Kwn meols skrg umo 44. Susun atur dan perabut umah mak dia sama mcm dia umo 6 tahun. Abg dia x bagi tukar dan tambah apa2 pon perabut dlm umah tu sbb nak kekalkan suana mcm sebelom bapak dorg meninggal
Quote akies 19-10-2022 12:50 PM
Mmg sedih tp kena redha..
Moga keluarga ni tabah
Quote 3chanceno 19-10-2022 12:57 PM
Meols tak tahu pasal kes nie..ada link kat forum pasal pe budak nie meninggal?
Quote 3chanceno 19-10-2022 01:05 PM
Samerosie replied at 19-10-2022 11:26 AM
Teringat-teringat lah juga tapi anak2 yg masih hidup jgn abaikan.  When my youngest brother died mas ...

Setuju dengan uols nie....sukar untuk terima dugaan yg berat ini, tapi harus redha & kalau ada anak2 yg lain, itu tanggungjawab yg berat.

Macsm arwah pakcik meols pun sama bila anak kesayangan dia meninggal dulu dari dia...ada anak 8 orang tapi yg no.4  nie favorit apaknya..ikut gi mancing, bawak bot mancing, apa2 je sepupu ikut apaknya..sekali sakit mendadak, leukemia & dalam masa 6 bulan gone..my arwah pakcik cam tak boleh terima, asyik cakap nak ikut anak dia tu....last2 pergi jugak setelah pemergian anaknya setelah 7 bulan..makcik meols terus kemurungan sampailah sekarang

Masa sepupu meols tu neninggal umur baru 21 tahun & sihat je nak tunggu masuk polis.. adik2 masih sekolah tapi arwah apak dah macam tak boleh  nak terima anak kesayangan dah tak de.
Quote acikku 19-10-2022 01:08 PM
sukacactus replied at 19-10-2022 12:17 PM
Boleh share x nama hotel tu

kalau tak silap kes, yg jatuh kat rainbow paradise tu
Quote Queenmastani 19-10-2022 01:17 PM
Dah setahun yee..mcm baru sgt jadi kejadian ni..apa2 pon harap dia blh redho satu hari nnt
Quote white_musk 19-10-2022 01:18 PM
Apa yang jadi misterinya ialah bagaimana dia terjatuh ke?
Quote gadis_tulip 19-10-2022 01:21 PM
memang dengar citer dah ramai kan yang jatuh kat tempat sama iris jatuh?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.103282 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top