CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diperhati Lelaki Gila Seks Dari Dalam Tandas, Mula-Mula Mengadu Sakit Perut Lepas Tu Suruh Urut Anu

19-10-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3336| Komen: 24

Seorang pemuda mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di ibu negara pada Jumaat.

Menurut Ethan Zachary, 19, dia dihampiri seorang lelaki ketika berada di tandas stesen MRT Pasar Seni, Kuala Lumpur sebelum diekori dan diajukan beberapa soalan.



Gambar Hiasan

"Saya nak ke KL Sentral untuk pergi buka akaun bank. Saya menaiki MRT dari Kajang ke Pasar Seni sebelum tukar LRT ke KL Sentral. Ketika di stesen Pasar Seni, Saya rasa nak buang air kecil, jadi saya ke tandas.

"Ketika dalam tandas, saya nampak seorang lelaki asyik perhatikan saya. Dia mengampiri saya dan cakap saya good looking. Jadi saya ucapkan terima kasih. Dia cuba untuk berbual ketika saya berjalan menuju ke LRT.


"Dia terus ikut saya dan bertanya saya berasal dari mana. Jadi saya jawab saya berasal dari Sarawak, berdarah campuran Bidayuh dan Kadazan Dusun," ujar Ethan memulakan cerita.



Selepas mendedahkan asal usul kelahirannya, lelaki itu terus bertanya kepada Ethan mengenai urutan batin.

Lelaki itu juga mengadu sakit di bahagian perut dan merayu agar Ethan menghulurkan pertolongan sebelum mula berkelakuan tidak sopan.

"Dia tanya saya mengenai urutan batin. Dia kata dia perlukan urutan sambil gosok perutnya. Saya kata saya tak tahu mengurut. Tapi dia tetap tanya sekiranya saya boleh urut.

"Saya dah mula rasa tak selesa. Dia merayu, dia kata rasa tak selesa dan perutnya sakit. Jadi saya cadangkan dia pergi dapatkan rawatan. Dia terus merayu, kata dia perlukan pertolongan saya.

"Saya minta maaf dan cakap tak boleh. Dia juga berterusan mengusap perutnya. Jadi saya tanya bahagian mana yang dia paling sakit? Terus dia tunjuk ke arah alat sulitnya kepada saya. Dia juga kelihatan ghairah. Jadi saya pun terus berlalu pergi," dedah Ethan lagi.

Ethan yang juga penuntut sebuah universiti di Bangi, Selangor mengakui bahawa ia bukanlah gangguan pertama yang dihadapinya.

Kata Ethan, dia berharap perkongsian video berkenaan dapat menjadi peringatan kepada sesiapa sahaja, khususnya buat mereka yang keluar bersendirian.

"Ini bukanlah kejadian pertama. Saya pernah ada pengalaman sebelum ini. Antaranya, saya juga pernah kena catcalled oleh lelaki dan perempuan.

"Niat saya kongsi video sebab nak beri peringatan kepada orang di luar sana. Pada saya, lelaki juga tak terlepas dengan gangguan seksual. Mangsa perlu berani untuk tampil ke depan," ujarnya lagi.

Di ruangan komen TikTok Ethan, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka berdepan kejadian serupa.

Malah, ramai yang turut menyatakan simpati kepada pelajar bidang Perakaunan itu atas apa yang berlaku.

"Saya juga ada pengalaman sama tapi di KL Sentral.

"Saya pun ada pengalaman sama. Sejak itu saya takut nak bercakap dengan orang tak dikenali khususnya lelaki.

"Jangan terlalu mesra dengan orang tak dikenali, mereka boleh buat tindakan yang menakutkan.

"OMG jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang," tulis beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 19-10-2022 10:58 AM
memang sekarang jadi manusia dah tak selamat kan?

ps: harap bukan kak hasanah ya!
Quote renko 19-10-2022 11:11 AM
pernah tgk ada kat mall aeon bukit tinggi
ada apek duk g tinjau orang kencing
hahahahahahahaha
pe babi la perangai
terus xjadi aku nk kencing
carik toilet lain
Quote pekanwoohoo 19-10-2022 11:19 AM
renko replied at 19-10-2022 11:11 AM
pernah tgk ada kat mall aeon bukit tinggi
ada apek duk g tinjau orang kencing
hahahahahahahaha

Lepas tu ada rasa macam wow tak, hot jugak aku ye, sampai ada orang nak ngendap?
Quote renko 19-10-2022 11:31 AM
pekanwoohoo replied at 19-10-2022 11:19 AM
Lepas tu ada rasa macam wow tak, hot jugak aku ye, sampai ada orang nak ngendap?

tua babi tu xtinjau aku
dia tinjau orang lain kencng kt bowl tu
hahahahaha aku tgk xjadi la nk kencing
Quote cikatilia 19-10-2022 11:35 AM
masa aku balik sekolah dulu (90s_
ada pakcik letak tgn kat peha
aku hentak tgn dia pakai beg.. gahahaha pastu bangun beridir lah
Quote Knowlee 19-10-2022 12:34 PM
Org jahat tu org yg sama mcm sorg budak laki kena dulu ke... Budak laki tu pun kena kat stesen LRT jgk.
Quote tripleid 19-10-2022 12:59 PM
mesti okt tu berkerak tak ensem  perut boroi kan
Quote _blackbird 19-10-2022 01:40 PM
kawan aku dulu masa tu kitorg nak keluar berjimba singgah 7E dia nak beli rokok. pastu tiba2 dia keluar berlari melulu terus masuk kereta drive cepat2. aku kat sebelah tanya apehal ada samun ke? pastu dia ckp td dlm 7e ada sorg laki india borak dengan dia lebih kurang mcm ni

Hero Tamil (HT): hello, abg kerja mana?
Member (M): Kerja (sekian-sekian)
HT: Abg balik kerja mesti penat, abg suka massage tak
M: ........ (dah awkward)
HT: takpa abg, saya massage abg, saya bayar.
M: berdesup lari tak sempat beli rokok. ahahahah
Quote Decaffeinated 19-10-2022 02:51 PM
Knowlee replied at 19-10-2022 12:34 PM
Org jahat tu org yg sama mcm sorg budak laki kena dulu ke... Budak laki tu pun kena kat stesen LRT j ...

Dia orang jahat sebab tanya salah orang.

Kalau dia approach orang yang betul, sama2 sedap automatic dia jadi orang baik. Tak cukup training le tu.



Quote KamikuP 19-10-2022 04:18 PM
Tewringat dulu tahun 1997 meolss kene ngorat kat Central market. Dia kata you main gym ke, meools ckp haah ye knp? Nice dia kata. Pastu dia ajak meolls gi tengok wayang dan jalan2 sekitar KL pastu makan2 dan ajak balik rumah.
Dia kata dia pensyarah UKM.
Meolls pun rasa mcm apa benda mamat ni dan meolls pun berlari masuk dalam CM carik mak meolls yg lupa diri tengah shopping dlm tu ekekeke...
Quote Jitu 19-10-2022 04:38 PM
gelinya
mujur duduk kampung takde benda2 mcm ni
Quote xy_daen 19-10-2022 04:52 PM
Yelah tu dek..
Quote rosedemon 20-10-2022 09:57 AM
lelaki zmaan skrg tak slmat dekkk. komen cliche hihi
Quote She-Ra 20-10-2022 10:04 AM
seramm jeee.. lelaki pun dh tak selamat yek
iols sebagai pejalan kaki dan kadangkala suka merayau sorang pun ghisau.. nampak je mcm berani, tp berani2 takut hahahaaa
duluuuuu, dlm handbag siap ada pisau okay! pastu kwn2 bising, kata bahaya bwk pisau, kang tak pepasal masuk balai polis , dorang belikan penyembur dan alarm utk ditekan sekiranya kena kacau.. nampak prihatin ke tidak kwn2 iols, love sgt!
sekarang ni berjalan siap pegang payung, sb pernah kena kacau dgn mamat india naik moto tunjuk alat sulit.. aku buat dek.. lepastu ready keluarkan payung sb tau dia akan pusing lg sekali.. sampai je, aku payungkan kepala dia siap jerit HOI kekuat.. alhamdulillah sekarang dh takde kacau.. moga kita sentiasa dlm lindunganNya..
Quote ninnakarinna 20-10-2022 10:48 AM
cikatilia replied at 19-10-2022 11:35 AM
masa aku balik sekolah dulu (90s_
ada pakcik letak tgn kat peha
aku hentak tgn dia pakai beg.. gahah ...

Teringat zaman skola naik bas mini berimpit2 dulu.. Tgh berdiri.. Skali aku terasa ada benda keras kat bontot aku.. Aku toleh.. Ada pakcik ni senyum..muka syok..rupanya dia sandar anu keras dia. Aku siku kuat2. Eeeiii.. Babi betul.
Quote dudaberhias 20-10-2022 10:57 AM
Tu ke rupa good-looking? Low standard betul gayah tu, kaka syak predator tu sah hodoh dan rhoper mengalahkan tapai basi.
Quote ifanonline 20-10-2022 11:06 AM
jgn kata di luar, dlm forum pun ramai gay...tul tak @Rockafella?@Rockafella
Quote rogayahtop 20-10-2022 01:02 PM
akak selalu baca perempuan melayu tak mampu nak berkata apa2 bila kena harass ni, tp ghupenya  jantan2 melayu dan bidayuh+kadazan ni pun ala2 speechless jugak bila kena harass
Quote MarryPottet 20-10-2022 02:40 PM
Kena ubah stail kening ko dekkk
Kening gitu menurut ilmu maklipat kegayahan arwah senah adalah ciri2 seorang gay
Sebab tu ko mudah kena himpit dek mamat gayah

Pastu dah kenapa ko nek mrt kalu nak ke kl sentral?
Ko ride komuter yg bersebelahan dgn mrt kajang tu terus boleh sampai kl sentral tanpa perlu tukar stesen
Mrt pon akan stop kat kl sentral tapi bapak jauh nak kena menapak dari stesen to kl sentral building

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053484 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top