CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Buat Kuih Raya Deepavali Pun Susah, Payah Betul Nak Dapat Minyak Masak Peket

19-10-2022 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 730| Komen: 3

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menangani segera isu kekura­ngan bekalan minyak masak peket bersubsidi sempena sambutan perayaan Deepavali.


Pegawai Penyelidiknya, N. V. Subbarow berkata, pengguna terutama suri rumah berketurunan India mendakwa mereka sukar untuk mendapatkan minyak peket untuk persiapan membuat kuih raya Deepavali sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, CAP menerima le­bih 10 aduan pengguna di ne­geri ini mengenai kepa­yahan untuk membeli sekurang-kurangnya sebungkus minyak peket di pasaran ketika ini.


Foto: Kosmo


“Tinjauan CAP di premis sekitar daerah Barat Daya dan Timur Laut mendapati ramai peniaga memberitahu kami yang minyak masak peket telah habis sebaik sahaja dihantar pembekal pada hari Isnin.

“Mereka beritahu yang lazimnya bekalan itu akan habis dibeli pembeli kurang tempoh sehari atau hanya beberapa jam sahaja kedai beroperasi.

“Dakwa mereka, ini kerana permintaan tinggi dalam kala­ngan wanita India yang sibuk membuat persiapan Deepavali,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, kesukaran pembelian minyak masak peket bersubsidi lebih ketara berlaku pada Ahad atau hujung minggu.

Difahamkan, urusan penghantaran bekalan minyak peket bersubsidi ke premis-premis peruncitan tidak berlaku pada hari Ahad memandangkan jatuh hari cuti atau rehat pekerja khususnya pembekal. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 19-10-2022 11:00 AM
alamak, muruku jangan takde tau
Quote rosedemon 20-10-2022 09:55 AM
sian acik2 hope tabah mnghadapi cabaran. tiberhhh
Quote Highflyer19 20-10-2022 10:41 AM
Jgn risau jugak...kueh2 pun ada jugak byk jual di brickfields...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.760842 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top