CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Minta Mereka Bersara Awal,"-Perjuangan Belum Selesai,Cikgu Fadli Salleh Gesa Singkir 'Tangan Ghaib' Dalam KPM

19-10-2022 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3738| Komen: 49

Meskipun Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskannya Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil, guru matematik itu menyifatkan perjuangan beliau masih belum selesai.


Menurut Fadli, apa jua keputusan yang dibuat KPM terhadapnya bukan fokus utama sebaliknya perlu tertumpu kepada kelemahan sistem pendidikan yang perlu diperbaiki.


Foto:FB

"Sama ada saya dikatakan bersalah atau tidak, itu nombor dua. Kalau tak bersalah Alhamdulillah rezeki seperti mana dah terbukti tak salah. Alhamdulillah rezeki.

"Namun yang pertama, tolong jangan lari pada fokus. Fokusnya apa? Fokusnya ada kelemahan dan kerosakan dalam sistem kita bukan saja sistem pendidikan sahaja tapi saya fokus pada pendidikanlah sebab saya dalam pendidikan.

"Kelemahan ini kita sangat berharap diubah. Ada tindakan susulan daripada kes viralnya saya ni, ada tindakan, ada perubahan yang ke arah kebaikan. Itu je yang saya nak. Saya bukan nak apa-apa. Saya nak generasi kita, anak-anak kita dapat hak mereka. pendidikan kita lebih berkualiti," katanya menerusi siaran secara langsung di Facebooknya pada Selasa.

Tambah beliau, sukar untuk melakukan perubahan selagi terdapat sebahagian mereka yang mempunyai kuasa menekan bawahan supaya meneruskan budaya yang tidak sihat.

"Surat itu tak sepatutnya sampai kerana tak setimpal dengan kesalahan. Ia tak masuk akal melainkan ada tangan ghaib yang mampu mempengaruhi yang benar-benar berkuasa mampu mempengaruhi untuk keluarkan.

"Tangan ini masih wujud di atas sana dan mereka perlu disingkirkan daripada sistem. Minta mereka bersara awal. Lantik mereka yang berintegriti. Itu tujuan saya. Perjuangan saya di situ. Perjuangan saya bukan untuk dapat jadi cikgu balik atau didapati tidak salah," katanya.

Bagaimanapun, beliau menzahirkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada lembaga tatatertib yang bersidang dengan jujur dan amanah.

Menerusi hantaran di Facebook sebelum itu, beliau meminta agar mana-mana pihak yang menyebarkan surat keputusan lembaga tatatertib KPM menarik balik gambar surat berkenaan kerana merupakan dokumen sulit. -CARI

Sumber: mStar online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 19-10-2022 10:27 AM
harap2 bukan PTD2 poyo yg jadi tangan ghaib
Quote Orix 19-10-2022 10:32 AM
tak habis2 lg ke alaaaaaaaaaaaa bosan la asyik isu dia ni... lau nsem xpe gak
Quote Orix 19-10-2022 10:34 AM
laaaaa baru tahu dia guru matematik sekolah rendah ghopenya... ku hengatkan guru matematik sekolah menengah.... choyy
Quote Highflyer19 19-10-2022 10:47 AM
Gambar kt paris tu membawa hati ke apa tu...
Quote sangbara2020 19-10-2022 10:51 AM
bosan kan citer dia nih....
dahla xensem
Quote Highflyer19 19-10-2022 10:55 AM
Memandangkan perjuangannya blm selesai maka seluruh rakyat jelata terpaksalah mengadap live kt fb dia setiap hari sambil mmberikan sokongan padu dan melahirkan rasa simpati serta menitipkan kata2 semangat yg tdk berbelah bagi...mungkin ada yg akan mendeklamasikan sajak...guru kau umpama lilin yg membakar diri utk menerangi org lain..
Quote suzlye77 19-10-2022 11:18 AM
Baiklah....kerajaan sila ganti pekerja2 di KPM..ganti dengan orang yang bijak buat silibes dan membuat dasar pendidikan yang menyenangkan semua rakyat jelata di Malaysia..supaya perjuangan beliau akan selesai..
Quote Suchi 19-10-2022 11:39 AM
Orix replied at 19-10-2022 10:32 AM
tak habis2 lg ke alaaaaaaaaaaaa bosan la asyik isu dia ni... lau nsem xpe gak

Hahahaha skip je uols tak pun block je kalau ada lalu lalang.

Quote hyie 19-10-2022 11:45 AM
masa ni lah heols sesuai bersuara, sebab berebut2 ahlul politaik akan datang sembah ratu nak jadi hero katanya
Quote ibu_haritz 19-10-2022 11:53 AM
jalan terus je cikgu..hal pendidikan, silibus dgn kepadatan murid dlm kelas mmg aku sokong cikgu ni perjuangkan...
Quote makiting 19-10-2022 11:55 AM
Berjuang utk sekolah menengah sekali yea cikgu
Quote kawahapi 19-10-2022 12:01 PM
Tak setimpal dengan kesalahan? Dah terang lagi bersuluh dia salah langgar akta. Bila tak dikenakan tindakan, memekak pulak nak suruh orang bersara pulak?
Quote TabletSusu 19-10-2022 12:43 PM
kawahapi replied at 19-10-2022 04:01 AM
Tak setimpal dengan kesalahan? Dah terang lagi bersuluh dia salah langgar akta. Bila tak dikenakan t ...

dia sendiri pun xnak offer diri duduk kat PPD or JPN.. tp byk komplen n nak org ikut ckp dia
Quote jiwasemangat 19-10-2022 12:43 PM
Ramai nya loyer tangan ghaib kat Cari..
Kalau tak reti nak paham content & focus.. dapat kutuk rupa parasnya ponn jadi laa..
Quote akies 19-10-2022 12:48 PM
Baik cikgu fokus pada pengajaran dan pembelajaran anak2 murid di sekolah.
Kalau nak bersuara, pergila saluran yang betul.
Cikgu pun sekadar cikgu sekolah rendah je..
Huhu
Quote jiwasemangat 19-10-2022 12:52 PM
Dia dah pegi pon ke saluran yg betul.. ada mention previously
Quote testly 19-10-2022 12:52 PM
Boleh tak nak minta kpm singkirkan cikgu2 yg asyik marah2 n maki hamun bebudak kat sekolah mostly sek rendah? 1 of the reason of y sebenarnya rmai parents htr
anak ke private/international school. Belum lg darjah 1 diketuk kepala klau xleh baca semua...cikgu yg ok is ok..ni yg x ok at all. Stress keja berenti..jgn buat mcm tu ke bebudak ye
Quote sayawifenikmie 19-10-2022 12:55 PM
"Surat itu tak sepatutnya sampai kerana tak setimpal dengan kesalahan. Ia tak masuk akal melainkan ada tangan ghaib yang mampu mempengaruhi yang benar-benar berkuasa mampu mempengaruhi untuk keluarkan."

bijakkk bijakkkk .. sendiri mengaku.
Quote Minami2013 19-10-2022 01:03 PM
Lately asyik nampak dia live di tiktok...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.364410 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top