CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beto Kusyairy Move On Je Sebab Keputusan Bukan Di Tangan Pelakon

18-10-2022 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3040| Komen: 24

Pelakon Beto Kusyairy tidak berkecil hati apabila tiada tawaran daripada pihak produksi Studio Kembara untuk filem prekuel berkaitan Mat Kilau.

Dia dengan tenang berkata, tidak mempunyai hak untuk menentukan siapa yang akan terlibat dalam karya tersebut.

“Sebenarnya saya tak ada apa nak cakap fasal benda ini. Sebab semuanya adalah keputusan dan aturan pihak penerbit. Kita tak hak atau kuasa untuk tentukan terlibat atau tidak.


IG Beto

“Sebab keputusan itu bukan di tangan pelakon. Kita terima job pun atas tawaran, tapi tak ada tawaran, apa yang boleh kita lakukan.


“Jadi, saya pun tak ada apa… dah move on dan fokus dengan projek lain,” kata Beto kepada Gempak.

Terdahulu, penerbit Studio Kembara Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy tidak akan terlibat dalam filem prekuel berkaitan Mat Kilau.

Abdul Rahman memberitahu perkara itu disebabkan watak Adi dan Beto tidak diperlukan dalam prekuel tersebut manakala ketiadaan Syamsul kerana ingin memberikan peluang kepada pengarah baharu yang berbakat.

Sementara itu, Beto memaklumkan dia tidak mempunyai masalah dengan pihak penerbit atau produksi malah akan memikirkan dahulu jika ada tawaran yang bersesuaian.


IG Beto

“Untuk pihak saya, I’m so professional, kerja okay… kalau ada tawaran ke tak ada ke, watak sesuai atau tidak, apa-apa pun kita move on saja.

“Kalau ada tawaran pun, bergantung kepada skrip. Saya kena tengok macam mana,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Beto turut memberitahu dia tidak tahu menahu tentang produksi itu akan membawa barisan pelakon Mat Kilau tunai umrah pada November depan. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 18-10-2022 07:56 PM
Baguslah awak ni. Berlakon bagus tapi x besar diri..keep it up beto...moga ramai yg bersikap mcm awak..xde merajuk2 or emosi terlebih
Quote Fly_over 18-10-2022 08:01 PM
beto, adi xde jd cerita apa? tajuk mat kilau.
Quote anggeriklatifah 18-10-2022 08:03 PM
Dari hasil bodek membodek
Hairul.azreen watak utama
Quote sarah_ary2 18-10-2022 08:38 PM
anggeriklatifah replied at 18-10-2022 08:03 PM
Dari hasil bodek membodek
Hairul.azreen watak utama

Homaigaad memang lagilah x nak tgk
Quote edoraixora 18-10-2022 08:53 PM
Waduhhh....penerbit ni pun, dah collect berjuta bakpe tetibe sombong gini.
Watak mat kilau xde, jadah prekuel mat kilaunya
Quote Masukkeluar 18-10-2022 08:59 PM
anggeriklatifah replied at 18-10-2022 08:03 PM
Dari hasil bodek membodek
Hairul.azreen watak utama

ntah ntah betul..adoii makin bsr kepala la dia ni. aku xleh laa. annoying sungguh.
Quote Hoshhi 18-10-2022 09:04 PM
anggeriklatifah replied at 18-10-2022 08:03 PM
Dari hasil bodek membodek
Hairul.azreen watak utama


Really? memang flop la cerita tu nanti
Quote ciksom 18-10-2022 09:12 PM
Aku suka beto berlakon sejak tengok citer kasyaf imani. Rasanya la tajuk tu. Dah lama. Aku rasa suara beto lain dari yang lain. Berlakon pun best.
Quote syamzana 18-10-2022 09:18 PM
Fly_over replied at 18-10-2022 08:01 PM
beto, adi xde jd cerita apa? tajuk mat kilau.

mat suram dibintangi pelakon stunt tersohor toklaki keknis ayah keksup keksya nantu maknani
Quote Fly_over 18-10-2022 09:20 PM
syamzana replied at 18-10-2022 09:18 PM
mat suram dibintangi pelakon stunt tersohor toklaki keknis ayah keksup keksya nantu maknani

betul ke kekrul tgh mbodek produksi tu?
Quote diamondhoney 18-10-2022 09:21 PM
Dah tu siapa je yg ada? Bamtah sorang?
Quote syamzana 18-10-2022 09:22 PM
Fly_over replied at 18-10-2022 09:20 PM
betul ke kekrul tgh mbodek produksi tu?

alamakk...tatau. bc komen atas tu ckp kekrul. ke saje buat gosip??
Quote Acikgomen 18-10-2022 09:22 PM
Fly_over replied at 18-10-2022 08:01 PM
beto, adi xde jd cerita apa? tajuk mat kilau.

Takde adiporn pun takpe aihhhh
Dah kata prekuel yg takde watak matkilau
Quote Fly_over 18-10-2022 09:24 PM
syamzana replied at 18-10-2022 09:22 PM
alamakk...tatau. bc komen atas tu ckp kekrul. ke saje buat gosip??

hahahah.. mohon poromer mgesahkan gosip yinnih! pls la jgn kekrol..
Quote Nham22 18-10-2022 09:52 PM
Haaaaaa... Depa pon xmo proceed.. Bayar ciputt....
Quote bedahmenjuyah 18-10-2022 09:59 PM
anggeriklatifah replied at 18-10-2022 08:03 PM
Dari hasil bodek membodek
Hairul.azreen watak utama

Kalau director yg itu, mmg takde hero lain dah
Quote wolfheart 18-10-2022 10:26 PM
Nak buat pasal tok gajah, dato bahaman, tok ku paloh pulak agaknya.
Quote 3chanceno 18-10-2022 10:40 PM
Edited by 3chanceno at 18-10-2022 10:42 PM
anggeriklatifah replied at 18-10-2022 08:03 PM
Dari hasil bodek membodek
Hairul.azreen watak utama


Deleted post....double posting
Quote 3chanceno 18-10-2022 10:40 PM
anggeriklatifah replied at 18-10-2022 08:03 PM
Dari hasil bodek membodek
Hairul.azreen watak utama

Biar betik mat nie pulak  pada mata meol, dia nie tak de tarikan seorang hero   sukahati produser nak ambik sapa, tapi kalau flop, jgn nangis je

Meols suka lakonan Beto, watak apa pun menjadi

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.045272 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top