Caprice akan berjumpa dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi berbincang mengenai isu individu yang mengaku menjadi cicit Nabi Muhammad SAW.
Di Instagram, dia mengatakan pertemuan dengan pihak JAKIM dibuat setelah menerima banyak permintaan daripada netizen mengenai status sebenar individu dikenali Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani. “Atas permintaan ramai, kita sudah start audit saudara kita ini. InsyaAllah Cap sendiri akan jumpa wakil JAKIM to get to the bottom of this,”tulisnya. Difahamkan dia sudah menelefon pihak JAKIM pada jam 3 petang tadi dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi di Insta Story tidak lama lagi.
|
lazaruz6024 replied at 18-10-2022 08:23 PM
Maka terciptalah pkataan baru..mencapriz..(myibuk)
ADVERTISEMENT