CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wings Tawar Diskaun Untuk OKU Dan Pelajar IPT Layan Konsert Naga Kramat

18-10-2022 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 745| Komen: 1

37 tahun, nama Wings masih unggul didalam arena muzik Malaysia. Tahun 2022 menjadi tahun yang agak sibuk bagi kumpulan ini. Persembahan dan konsert disana sini termasuk di negara jiran Singapura baru-baru ini sempena perlumbaan Formula 1. 


Kali ini sekali lagi kumpulan rock nombor satu Malaysia bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur. Lokasi bertaraf dunia ini akan menjadi gelanggang Wings bagi siri konsert terakhir untuk tahun ini di Kuala Lumpur. 


IG Wings

Seperti sedia maklum, pihak penganjur telah pun menetapkan beberapa kategori harga tiket bagi konsert Naga Kramat sebelum ini. Tetapi atas permintaan tinggi bagi tiket kategori tempat duduk, penganjur telah mengambil inisiatif untuk merealisasikan permintaan ini. 


Penganjur telah menambah jumlah kerusi daripada sedia ada. Antara harga tiket yang ditawarkan ialah RM620 – Bazooka Penaka (VIP – terhad) manakala RM420 bagi kategori tempat duduk Opera Hidup. Kedua – dua kategori ini adalah berhampiran dengan pentas.

Selain itu, MW Mega Productions turut mengumumkan satu harga baru khas untuk pelajar IPTA/IPTS dan golongan kurang upaya iaitu RM169 bagi tiket kategori bediri di zon ‘Bujang Senang’. Hal ini dibuat kerana ada permintaan dari kalangan pelajar. 

Kata wakil MW Mega Production, Mashar Mokhtar, pihaknya mengambil kira pandangan pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli harga tiket yang tersenarai sebelum ini. Jadi harga yang ditawarkan ini sangat berbaloi untuk menyaksikan persembahan dari lagenda rock terunggul Malaysia. 


IG Wings

MW Mega Production menjelaskan bahawa tiket konsert dijual secara atas talian di www.ticket2u.com.my/nagakramat dan mendapat sambutan yang bagus. 

Harga tiket mengikut kategori bermula dari RM244 (Bujang Senang), RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama).


IG Awie


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerungmasam 18-10-2022 08:25 PM
Hmmmmmmmmmm.....k

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.107200 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top