Pelakon Atikah Suhaime berasa hairan dengan sikap segelintir orang yang menegur wajahnya kelihatan masih muda sedangkan dia sememangnya belum menjadi tua.
Menurut pelakon yang berasal dari Singapura ini, sudah tentulah dia masih kelihatan muda disebabkan usianya baru saja 31 tahun bukannya 50 tahun. “Kadang-kadang I pelik tau bila orang jumpa I, diorang cakap ‘oh my god, Atikah you still look young’. Lepas itu I macam pelik, I umur 31 tau… bukan 50. “Apa kalau umur 31 tu you kena nampak macam makcik-makcik ke macam mana? Of course I look young! Sebab 31 is muda! 31 is young! Bukan tua,” kata Atikah.
Bagaimanapun rata-rata netizen berpendapat teguran tersebut bukanlah negatif malah ia sepatutnya dilihat sebagai satu pujian. Malah segelintir netizen juga beranggapan wajah pelakon drama Kau Vs Aku itu seperti gadis remaja dan sebab itu masih sesuai untuk membawa watak pelajar sekolah. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT