Selain bakat lakonan, kecantikan yang dimiliki oleh Datin Seri Maria Farida sentiasa menjadi ‘contoh’ buat ramai wanita untuk kekal cantik meski sudah berusia.
Terbaharunya, penampilan aktres berusia 53 tahun ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia kelihatan cantik persis anak dara. Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Maria dilihat bersama DS Vida sedang menari sambil ‘memperagakan’ rantai emas dipakainya. Di ruangan komen, ramai memuji kecantikan pelakon darah kacukan Melayu dan Filipina ini kerana kekal awet muda walaupun kini sudah berstatus ‘nenek’.
Tidak kurang juga ada yang membanding-bandingkan, mengatakan Maria nampak lebih muda daripada Vida yang berumur 51. Sebelum ini Maria Farida mengatakan dia tidak pernah melakukan rawatan pada wajah, sebaliknya ia hanya kecantikan semulajadi. Malah, dia juga mendedahkan dirinya seorang yang takut pada jarum suntikan. -CARI
|
exclusive_vvip replied at 18-10-2022 06:46 PM
bestnyer maria farida, dah 50an pun nampak lawa n body hot..tapi kalu x silap iols, zaman dia muda2 ...
ADVERTISEMENT