Seorang wanita mendakwa tangan bayinya terpaksa ‘ditoreh’ dan dijahit, dipercayai akibat kecuaian daripada pihak hospital selepas salah masuk jarum.
Wanita terbabit mengatakan pada awalnya anaknya itu dimasukkan ke hospital kerana ususnya tersimpul. Namun begitu, selepas 20 minit anaknya tersedar selepas dicucuk oleh staf hospital, tangannya kelihatan bengkok dan terdapat gelembung air di bahagian cucuknya sebelum ini. Susulan itu, tangan anak kecilnya terpaksa dimasukkan ke dewan bedah untuk ‘ditoreh’ selama empat jam dan dijahit.
Bukan itu sahaja, wanita terbabit mendakwa kawasan di bahagian telinga anaknya itu turut ditebuk bagi memasukkan ubat tidur untuk menjalani pembedahan dengan lancar. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada nasib yang menimpa anak wanita tersebut dan menyarankannya supaya saman pihak hospital yang telah menyebabkan kecuaian. -CARI
|
kawasan di bahagian telinga anaknya itu turut ditebuk bagi memasukkan ubat tidur untuk menjalani pembedahan dengan lancar.
musangbodoh replied at 18-10-2022 12:31 PM
@ipes2 dr....mmg prosedur camtu ke? ke xde cara lain cth yg drip tu....maaf x tau
lattehazelnut: Ya allah xsanggup nak tgk vide ...
musangbodoh replied at 18-10-2022 08:31 PM
@ipes2 dr....mmg prosedur camtu ke? ke xde cara lain cth yg drip tu....maaf x tau
jai09 replied at 18-10-2022 12:56 PM
Tu bukan kawasan telinga, tu sebenarnya tengkuk. Baby ni mungkin susah nak dpt line nya so doktor ma ...
Chah21 replied at 18-10-2022 02:17 PM
I bg 3 kali je doctor Cuba.. then x boleh,i sign borang aor mintak balik..kebetulan baby dh ok dh
dua_chzy replied at 19-10-2022 12:20 AM
Borang AOR ni ai baru tau kewujudannya lepas rajin join Telegram si Yuseri Yusof tu. Sebelum ni me ...
ADVERTISEMENT