CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelap-Gelita, Terumbang-Ambing Seorang Diri Tengah Laut- Nelayan Hampir Mati Atas Perahu Karam

18-10-2022 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1279| Komen: 6

Berpantang maut sebelum ajal.

Begitulah kisahnya mengenai seorang nelayan yang tersadai di tengah lautan apabila perahu miliknya terbalik dan hampir karam.


Lebih menakutkan, dia bersendirian di atas bot itu pada waktu malam dan hanya mampu berdoa agar berlakunya keajaiban dan ditemukan segera.

Dalam satu video tular yang dikongsi, nelayan itu berjaya dijumpai oleh beberapa nelayan yang menaiki sebuah bot dalam misi mencari dan menyelamat (SAR).




Kedengaran suara lelaki yang terlibat dalam misi pencarian itu tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur kepada Allah selepas berjaya mengesan mangsa.


"Ya Allah,... Alhamdulillah! Ya Allah, Alhamdulillah... selamat Ya Allah Ya Tuhan.

"Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Alhamdulillah Ya Allah. Allahuakhbar," ujar lelaki itu sambil bot dinaikinya bergerak perlahan menuju ke arah mangsa.



Beberapa lelaki dilihat menarik tali dalam usaha untuk menunda perahu mangsa yang terbalik namun masih terapung di lautan.

Mangsa juga akhirnya berjaya diselamatkan apabila dia dipindahkan ke atas bot penyelamat.

Sejurus dipindahkan, dia turut diberi pakaian tebal kerana kesejukan.

Video yang dikongsi oleh pemilik TikTok Riski Ananda itu meraih lebih 6.7 juta tontonan.


"Sungguh tak terbayang. Seorang diri terumbang-ambing di tengah lautan yang gelap gelita," tulis pemilik video itu.

Berdasarkan kapsyen, kejadian dipercayai berlaku di kawasan Mukomuko, wilayah Bengkulu, Sumatera, Indonesia.

Dalam satu video berasingan, Riski Ananda menjelaskan operasi itu dilakukan dalam suasana yang cukup mencabar.

"Suasana tengah malam di tengah laut. Pukul 1.32 (pagi).

"Ini waktu proses pencariannya, sangat gelap dan sangat dingin sekali. Tak terbayang perjuangan dia untuk bertahan hidup," jelasnya.

Dia turut menyertakan tanda pagar (hashtag) #PejuangRupiah dan #PencariNafkahBuatKeluarga menerusi kapsyen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 19-10-2022 09:46 AM
siannya tak dapat bayang kalau aku kat tmpat tu mmg ingat mati jelah tengah laut tunggu kena makan je'
Quote sangbara2020 19-10-2022 11:02 AM
xde jerung eh sana
Quote minguk 19-10-2022 11:37 AM
syukur masih diberi peluang.
Quote Simunggu 19-10-2022 03:22 PM
indonesia ni...jerung tak makan
Quote Artemesiaa 19-10-2022 03:24 PM
Syukurlah selamat ditemui
Quote sharlenetexas 19-10-2022 03:40 PM
Ditimang gelombang.


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060889 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top