Isu kemasukan beramai-ramai pekerja asing Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kononnya sebagai ‘pengundi hantu’ kembali hangat diperkatakan oleh netizen.
Ia selepas sekeping gambar yang ditular di laman Twitter yang memperlihatkan sekumpulan warga asing yang dipercayai baharu tiba di lapangan terbang tersebut. Tangkap layar Twitter tersebut kemudiannya dikongsi di laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Berdasarkan gambar yang tular itu, kelihatan ratusan pekerja asing sedang berbaris di satu kawasan dipercayai di KLIA.
Pada ciapan di Twitter itu jelas kelihatan gambar tersebut dikongsi oleh individu berkenaan pada 11 Oktober lalu dan beberapa kapsyen turut diletakkan pada hantaran itu. “Di KLIA sekarang. Pengundi hantu dah tiba. #PRU15 #PRUbanjir,” ciap individu tersebut. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mempersoalkan kesahihan gambar tersebut dan juga yang mendakwa ia hanya drama serta modal pihak tertentu ketika tibanya musim Pilihan Raya Umum. “Drama setiap kali PRU sudah bermula, tiap kali PRU mesti ada isu pengundi hantu yang masuk memenangkan parti politik tertentu, “ujar Salleh Ahmad. “Modal lama diguna pakai semula. Lawaknya masih ada yang percaya,” kata Rembau Azman. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Pui Jin Leong. “Itu pekerja asing yang amat diperlukan di sektor perladangan dan pembinaan. Tapi masih ada orang percaya,” tulisnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
BeskotCekelat replied at 18-10-2022 08:54 AM
Ada lagi ke orang Malaysia yang bebal percaya lawak bodoh pengundi hantu banglasia ni?
ayukpingu replied at 18-10-2022 04:59 PM
tak mustahil pon
BOLEH land katakan...
azimodin replied at 18-10-2022 04:56 PM
Bila menang - "rakyat masik percaya kepada kami."
Bila kalah - "kekalahan ini disebabkan parti lawan ...
BeskotCekelat replied at 18-10-2022 05:08 PM
Ko pernah g mengundi tak sistur???Kalau pernah ko mesti tahu prosedur sebelum memangkah.
Petugas c ...
BeskotCekelat replied at 18-10-2022 04:54 PM
Ada lagi ke orang Malaysia yang bebal percaya lawak bodoh pengundi hantu banglasia ni?
BeskotCekelat replied at 18-10-2022 04:54 PM
Ada lagi ke orang Malaysia yang bebal percaya lawak bodoh pengundi hantu banglasia ni?
ADVERTISEMENT