CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah MacWilson Pertama Kali Tunggang Motosikal Di Usia 27 Tahun, Belajar On The Spot Masa Shooting

18-10-2022 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2696| Komen: 12

Zahirah MacWilson mencabar diri menunggang motosikal buat kali pertama dalam hidupnya bagi menjayakan watak menerusi drama lakonannya berjudul Tiada Maaf Buatmu.


Pemilik nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 27, ini berkata, meskipun gementar namun tetap menyahut cabaran dengan belajar menunggang kenderaan itu sebelum penggambaran bermula.


Foto: IG

"Perkara yang saya tak pernah buat adalah menunggang motosikal dan pertama kali berbuat demikian menerusi drama Tiada Maaf Buatmu.

"Tetapi demi menjayakan babak berkenaan, saya memberanikan diri dan belajar on the spot di set penggambaran tanpa pergi ke kelas khas untuk belajar menunggang motosikal.


Saya memang tiada lesen motosikal dan tidak berhasrat untuk mendapatkannya kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian," katanya kepada mStar.


Zahirah berkata demikian ketika ditemui menerusi sidang media drama berkenaan secara maya yang diadakan baru-baru ini.

Tiada Maaf Buatmu arahan Idora Abdul Rahman turut menggandingkan Zahirah bersama suami, Aiman Hakim Ridza selain Hafreez Adam, Wan Raja, Watie Sadali dan Hilal Azman.

Ia sedang ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.



Dalam pada itu, Zahirah berkata, dia tertarik dengan watak Aina Cempaka kerana ia mempunyai personaliti sebagai seorang tomboy selain bersifat berdikari yang tidak pernah dibawa sebelum ini.

Pun begitu katanya, tidak mudah menzahirkan sifat kelakian namun ia cabaran buat dirinya agar lakonan yang ditampilkan kelihatan menyakinkan dan semula jadi.

"Memang saya ambil masa hendak sesuaikan diri dengan watak sebagai Aina Cempaka kerana tak mudah untuk nampak semula jadi perwatakan tomboy.

"Tetapi saya suka kerana ia satu kelainan dan saya ada juga merujuk kepada rakan-rakan yang mempunyai sifat sama bagi menjayakan peranan dalam drama ini," katanya.



Bercakap lanjut mengenai drama tersebut, Zahirah berkata, selain terpaksa menunggang motosikal, cabaran lain melakonkan wataknya adalah dia perlu membawa batak seorang yang mengalami trauma dan dia tidak pernah berdepan dengan situasi berkenaan.

Kata Zahirah, bukan mudah menzahirkan watak seorang yang sedang mengalami emosi dan fikiran terganggu namun berkat bantuan pengarah dia berjaya melakukannya.


"Sejujurnya sangat susah nak bawa watak seorang wanita yang sedang trauma kerana saya tiada pengalaman sebegitu atau mengenali sesiapa yang pernah berada dalam situasi tersebut.

"Bukan senang nak bawa watak tersebut tetapi saya banyak rujuk pengarah untuk beri yang terbaik kepada watak yang diberikan.

"Alhamdulillah saya berjaya membawa watak itu dengan baik tetapi tidak sampai terbawa-bawa sampai ke rumah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 18-10-2022 04:52 PM
dia ni lawa le, tapi tak lekat dalam memori muka nya
Quote Nenasketum 18-10-2022 05:50 PM
Boring naw dia ni pun dengan laki anak orka
Quote Hoshhi 18-10-2022 05:57 PM
Tengok muka dia dalam tv berkerak tak sama macam dalam ig tak cantik tu terima jelah hakikat
Quote KelisaOren 18-10-2022 06:14 PM
Basic sgt rupa sheols dlm drama ni....dlm ig kemain mekap posing mcm supermodel,hakikatnya kalau tengok tanpa bulu mata n mekap tebal ya ampunnn sedeh
Quote orglama 18-10-2022 07:58 PM
Cantik dia ni...husband pun ensem
Quote primarikey 18-10-2022 08:35 PM
Teringin nk tgk dia berlakon dgn amyza adnan jd ank beranak
Quote selipar_hijau 18-10-2022 09:07 PM
Tu skuter kan pulas je nyahh
Quote sitinaziha_214 19-10-2022 01:03 AM
Edited by sitinaziha_214 at 19-10-2022 01:11 AM

Suka tengok dia catwalk pakai seluar and singlet purple itu. Btw dia ini macam takde bontot kan. Leper je. V shape pun mcm tak nampak sangat.

Mesti senang nak pakai seluar panjang fit to toe

[ig]https://www.instagram.com/p/Cjb-jUYJham/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]
Quote .HannahMontana. 19-10-2022 01:11 AM
OK , jadi umur berapa pula ko akan belajar menutup aurat ???????
Quote rosedemon 19-10-2022 09:55 AM
pompuan kalau tak pakai mekap mmg la mcm lepat mukanya.
Quote harisbee 19-10-2022 10:21 AM
muka dia ni nak sama dgn amyz adnan dan elizad yg jadi DJ tu...tp dia ni lagi ayu dan cantik serta ada pesona
Quote moonela 19-10-2022 11:56 AM
rosedemon replied at 19-10-2022 09:55 AM
pompuan kalau tak pakai mekap mmg la mcm lepat mukanya.

I memang tak mekap...bare face
kusam, kepamm, gelap

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.077089 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top