CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ainul Mardhiah Sihat, Cergas Dan Ceria Cuma Kadang-Kadang Bad Mood Baling-Baling Barang

18-10-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1046| Komen: 2

Keadaan kanak-kanak yang pernah menghidap barah mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin semakin sihat.

Perkembangan itu dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 27, menerusi Instagram (IG), semalam.


"My princess (Puteriku). Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat, cergas dan ceria.

"Cuma kadang-kadang tu kalau bad mood (emosi tidak baik), mengamuk sampai baling barang. Berat pun makin naik," tulisnya.


Foto: IG

Perkongsian Nurul Erwani itu menggembirakan dan melegakan pengikutnya di Instagram (IG) yang menanti perkembangan terkini Ainul Mardhiah.


"Gembira tengok Ainul, moga sentiasa diberi kesihatan yang baik ya Ainul," tulis seorang pengguna IG dikenali lizaummidinie.

"Alhamdulillah, semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, sayang Ainul," tulis seorang lagi pengikut dikenali Noorhayati Hj Sulaiman.

Pada 1 Ogos lalu, ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 27, berkongsi Ainul Mardhiah dilaporkan kritikal.

Sejak itu, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani terus berkongsi perkembangan Ainul Mardhiah di laman sosial untuk makluman rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan anak mereka.

Kali terakhir Nurul Erwani berkongsi perkembangan Ainul Mardhiah di IG adalah pada 10 September lalu memaklumkan anak sulungnya itu sudah seminggu pulang ke rumah tetapi perlu dipantau sawannya.

Menurut rekod, Ainul Mardhiah pernah menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) bagi membuang ketumbuhan 200 gram pada 2019 dengan bantuan pelatih pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 18-10-2022 03:37 PM
alhamdulillah

syukur2
Quote rosedemon 19-10-2022 09:43 AM
okayyy. dah macam retis budak ni ek

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049218 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top